Menarik juga membaca pendedahan bekas Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali, di dalam buku beliau bertajuk “Perjuangan Tanpa Noktah” mengenai pelbagai isu politik tanah air.
Salah satu perkara yang Datuk Ibrahim Ali dedahkan ialah mengenai kisah beliau dipelawa oleh Wan Rahim Wan Abdullah untuk bertanding atas tiket PAS di Parlimen Pasir Mas dalam PRU 2008.
Kata Datuk Ibrahim Ali, bagi tujuan itu, Wan Rahim meminta beliau

Loading...
berjumpa dengan Husam Musa yang bertanya Datuk Ibrahim Ali sama ada beliau mahu menyertai PAS atau tidak.
Kata Datuk Ibrahim Ali lagi, jawapan beliau kepada Husam Musa ialah, kalau menyertai PAS, beliau mahu bertanding di kerusi DUN Tendong, tetapi ini tidak dipersetujui oleh Husam Musa.
Dakwa Datuk Ibrahim Ali, beliau percaya Husam Musa tidak mahu beliau bertanding di atas tiket PAS di DUN Tendong kerana Husam Musa tahu beliau cukup rapat dengan Sultan Ismail Petra.
Tulis Datuk Ibrahim Ali: “Beliau (Husam Musa) tentunya bimbang jika saya (Datuk Ibrahim Ali) bertanding DUN, ia akan menyekat cita-citanya (Husam Musa) untuk menjadi Menteri Besar Kelantan”.
Kalaulah benar apa yang diperkatakan oleh Datuk Ibrahim Ali ini, maka rupa-rupanya sejak dari PRU 2008 lagi Husam Musa sudah menyimpan cita-cita untuk menjadi Menteri Besar Kelantan.
Apa pun, ketiga-tiga penama dalam kisah ini, iaitu Datuk Ibrahim Ali, Husam Musa dan Wan Rahim, telah ditarik darjah kebesaran mereka yang membawa gelaran Datuk oleh Sultan Muhammad V.
Darjah Kebesaran DJMK Datuk Ibrahim Ali selamat ditarik balik pada 13 Oktober 2010 manakala Darjah Kebesaran DJMK Husam Musa dan Wan Rahim pula selamat ditarik balik pada 6 Februari 2018.