Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

AGIH KERUSI DUN SELANGOR: PPBM TIDAK MAHU BERI LALUAN KEPADA PKR

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Selangor enggan mengambil kira keputusan perbincangan pengagihan 35 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diputuskan semalam.

Ketua Penerangan PPBM Selangor, Sallehuddin Amiruddin, berkata parti itu juga tidak berbincang mengenai pengagihan kerusi pada mesyuarat hari ini selepas membuat keputusan mahu bertanding di semua 12 kerusi yang dimenangi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Katanya, walaupun PPBM menolak kerusi DUN
Loading...
Sijangkang yang disandang Datuk Ahmad Yunus Hairi daripada PAS, pihaknya menerima kerusi DUN Jeram yang kini diwakili BN, selain memberikan cadangan mengenai kerusi yang parti itu mahukan.

“Apa yang dibincang semalam, kita tidak ambil kira. Sebanyak 12 kerusi DUN yang kita mahu itu, ada yang bertindih kerana PKR juga mahu kerusi berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat berkenaan di Pejabat Pilihan Raya PKR di Seksyen 14, semalam.

Sallehuddin berkata, beliau menyerahkan kepada Pengerusi Pilihan Raya Pakatan Harapan (PH), Dr Xavier Jayakumar untuk membuat keputusan.

Mengulas lanjut, Sallehuddin berkata, PPBM negeri tidak akan bertolak ansur atau memberi kerusi yang dimahukan PKR, malah akan mempertahankan hasrat mereka terhadap kerusi BN.

“Kita mahu kerusi itu kerana matlamat asal penubuhan parti iaitu mahu ganti UMNO, saing UMNO.

“Jika mahu PPBM kurangkan kerusi, itu tidak mungkin tetapi jika bagi kerusi lebih, kami terima,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha PH negeri, Zuraida Kamaruddin, berkata mesyuarat hari ini menyelesaikan pengagihan satu kerusi menjadikan 36 kerusi DUN sudah diselesaikan setakat ini.

“Baki 20 lagi kerusi DUN akan dibincangkan pada mesyuarat akan datang,” katanya.
Loading...
Back To Top