Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

249 ADUAN TENTANG AGM: PPBM TAK RETI BUAT MESYUARAT KE?

TIMBALAN Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberitahu bahawa sebanyak 249 aduan telah diterima oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) mengenai Perhimpunan Agung (AGM) PPBM lewat tahun lepas.



Aduan sebanyak itu dikemukakan kerana PPBM dikatakan tidak mengikut spesifikasi dan
Loading...
peruntukan perlembagaan parti ketika menguruskan AGM mereka.



“ROS menjalankan tugas secara profesional dan tidak mempunyai kapasiti dalam mana-mana organisasi politik pun,” katanya kepada pemberita di Bangunan Perdana Putra.



Daripada aduan sebanyak itu, Zahid menjelaskan bahawa 47 daripadanya mempunyai asas kukuh untuk melakukan siasatan.



Persoalannya, kenapa sampai sebanyak itu aduan dari para ahli sendiri terhadap tindakan melanggar perlembagaan parti sendiri?



Nampak sangat secara jelas bahawa PPBM tidak pandai mengurus mesyuarat walaupun parti tersebut diketuai oleh calon Perdana Menteri dari Pakatan Harapan sendiri.



Ia sekali gus menjatuhkan ‘air muka’ Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang menjadi ikon kepada sebuah kerajaan baharu igauan parti pembangkang.



Jika hal menguruskan parti sendiri pun masih tidak mahir, bagaimana pula mereka mampu untuk menguruskan sebuah negara yang sedang bergerak ke arah pembangunan? 
Loading...
Back To Top