Seperti juga Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, Ahli Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar juga kerap membuat kenyataan mengelirukan dan tanpa usul periksa.
Ini termasuk dakwaan terbarunya terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang dikatakan menggunakan empat juta pengundi pos bagi membantu UMNO-BN menang Pilihan Raya Umum akan datang.
Nurul Izzah yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) seperti mahu mendakwa bahawa Anggota Sukarelawan Malaysia (Rela) yang berjumlah tiga juta orang akan dikategorikan sebagai pengundi pos walaupun mereka tidak layak mengundi awal (undi pos).
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Mohd. Hashim Abdullah semalam menyelar dakwaan tidak berasas oleh pihak tertentu mengenai konon terdapat empat juta pengundi pos dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang sebahagian besarnya merujuk kepada anggota Rela.
“ SPR ingin menegaskan bahawa dakwaan tersebut adalah tidak benar dan berniat untuk mengelirukan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Beliau menjelaskan, Perkara 3(1) hingga (4) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003 menetapkan mana-mana warganegara yang telah mendaftar sebagai pemilih boleh mengundi secara pos dengan syarat mereka perlu tergolong dalam satu daripada kategori yang ditetapkan SPR.
Katanya, kategori yang ditetapkan sebagai pengundi pos termasuklah anggota tentera dan polis yang tidak melakukan undian

Loading...
awal.
Mohd. Hashim berkata, kategori-kategori tambahan bagi pengundi pos adalah anggota-anggota PVR, bomba, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Jabatan Penjara, Jabatan Imigresen, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), Jabatan Pendaftaran Negara dan petugas kesihatan.
Selain itu, katanya, kemudahan undi pos diberikan kepada petugas media, petugas pilihan raya yang bertugas di luar bahagian pilihan raya mereka mendaftar, kakitangan awam dan pasangan yang bertugas di luar negara dan pelajar sepenuh masa di luar negara.
“Kemudahan pengundian pos berkenaan bukanlah secara automatik tetapi hanya tertakluk kepada anggota-anggota yang bertugas pada hari mengundi dan mendapat perakuan oleh Ketua Jabatan masing-masing,” katanya.
Mohd. Hashim berkata, jumlah sebenar anggota dalam kategori yang terlibat dengan pengundian secara pos itu hanya dapat diketahui secara tepat setelah permohonan itu dibuka dan diterima.
Dalam pada itu, beliau memberi jaminan terhadap keselamatan peti undi pos dan peti undi awal dan menafikan kononnya berlaku manipulasi serta penyelewengan semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
“Dalam PRU-13, pihak yang berkepentingan telah membuat petisyen pilihan raya terhadap SPR dan isu-isu yang dibangkitkan itu juga telah diputuskan oleh Mahkamah Pilihan Raya sebelum ini dan tiada pembuktian sedemikian di mahkamah,’’ katanya.
Setiap kali PRU parti pembangkang akan membangkitkan isu ‘pengundi hantu’ yang kononnya untuk membantu kemenaganBN sedangkan ia hanya ciptaan parti lawan untuk mengelirukan rakyat bahawa pru di negara tidak telus atau bersih.
Pada PRU13 Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa BN membawa puluhan ribu rakyat Bangladesh, tetapi dakwaan itu tidak dapat dibuktikan. Ia kemudian dinafikan oleh Persuruhjaya Tinggi negara ini di sini. – Kedahnews.com