Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

GUAN ENG DAKWA PAS SESAT, MAHATHIR PULA TUDUH HADI ‘KAFIR’

SEPERTI juga pemimpin DAP, Tun Dr. Mahathir Mohamad juga kini cukup bimbang dengan kemaraan PAS menjelang pilihan raya umum akan datang.

Mereka bimbang tindakan PAS bertanding sendirian pada PRU14 akan membantu kemenangan UMNO dan Barisan Nasional.

Sekarang baharu Dr. Mahathir sedar tentang betapa pentingnya PAS setelah parti itu enggan bekerjasama sama dengan DAP, PAN, PKR dan PPBM.

“Hadi (Abdul Hadi Awang) tahu PAS akan kalah di kebanyakan kerusi ditandingi mereka dan langkah ini hanya membantu Najib (Datuk Seri Najib) untuk menang dengan memecahkan undi pembangkang… itu niat dia dan ia tidak Islamik, ” kata Dr. Mahathir yang juga Pengerusi Pakatan Harapan dan Pengerusi PPBM.

Kemarahan Dr. Mahathir terhadap Hadi kini sama seperti mana marahnya beliau terhadap Najib apabila PAS enggan menerima pujuk Pakatan dan PAS pula dilihat berbaik dengan UMNO dalam isu umat Islam. .

Dr. Mahathir juga menuduh Hadi pengkhianat kerana mahu memecahkan undi pembangkang. Lebih buruk, beliau mendakwa Hadi tidak islamik atau dalam kata lain ‘kafir’.

Semalam Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menyifatkan PAS ‘sesat’ selepas Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar
Loading...
mengumumkan keluar dari PAS, Ahad lalu.

Guan Eng turut menyindir PAS kerana UMNO memuji parti itu sebagai parti pembangkang yang baik.

Begitu mudah Dr. Mahadzir melabelkan seorang itu kafir walaupun mereka itu seorang mufti kerana tidak ‘mendengar cakapnya’.

“Dalam bahasa Melayu, kita panggil sebagai pengkhianat kerana itu adalah dia (Hadi). Dia akan pergi bertanding di mana dia tahu akan kalah dan dia tahu kesan daripada pertandingan itu,” katanya.

Mengulas laporan polis dibuat Pemuda UMNO susulan kenyataan beliau ingin menggulingkan Perdana Menteri, Dr Mahathir mempertahankan pendirian itu dengan menekankan ‘kerajaan yang teruk’ wajar digulingkan.

“Di seluruh dunia kita lihat rakyat menggulingkan kerajaan. Jika anda ada kerajaan yang teruk, gulingkan. Ia proses demokratik tapi budak-budak (Pemuda UMNO) tidak faham politik,” katanya.

Namun ramai kini sedar, Dr. Mahathir akan menggunakan DAP, PKR dan PAN bagi mencapai matlamat peribadinya mahu menjatuhkan Najib untuk membolehkannya mengangkat anaknya Mukhriz bagi mengganti Najib.

Namun PAS masih konsisten dan tidak menerima cara Mahathir meletakkan keutamaan untuk menjatuhkan Najib dan kerajaan daripada memperjuangkan agama dan kepentingan rakyat.

Kelmarin Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin berkata di Perlis, PAS tidak boleh menerima sama sekali tindakan Mahathir yang mahu menukar kerajaan sesuka hati tanpa nengambil kira kepetingan rakyat.

Dewan Ulama PAS pula menyifatkan era pentadbiran Najib lebih baik berbanding zaman Dr. Mahathir berkuasa selama 22 tahun, terutama di segi membela umat Islam dan memperkasakan agama – kedahnews.com
Loading...
Back To Top