Keputusan Pakatan Harapan (PH) menamakan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri sebagai satu tragedi memalukan, kata Pengarah Komunikasi Strategik BN, Datuk Abdul Rahman Dahlan.
“Akhirnya pembangkang memilih seseorang yang pernah mereka gelar sebagai individu paling korup di Malaysia sebagai calon perdana menteri. Betapa memalukan.
“Pengumuman Dr Mahathir sebagai calon perdana menteri bertentangan dengan agenda reformasi mereka sendiri. Ia adalah tragedi untuk perjuangan mereka,” katanya menerusi Twitter, Ahad.
Pada masa sama, Ahli Parlimen Kota Belud itu

Loading...
memperlekehkan agenda perubahan yang diumumkan PH.
“Hakikatnya Dr Mahathir tidak akan melaksanakan pembaharuan yang diumumkan.
“Beliau sudah dibuktikan sebagai pakar tipu daya dan pembaharu yang tidak berguna,” katanya.
Rahman yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri mempersoalkan sama ada gabunngan itu sudah melupakan idealisme mereka demi merebut kuasa.
“Paling utama, Mahathir tidak sinonim dengan inisiatif pembaharuan yang juga diumumkan PH hari ini. Strategi yang buruk.
“Pengumuman hari ini hanya memberi kelebihan kepada BN.
Pada petang tadi, PH mengumumkan pelaksanaan had dua penggal untuk perdana menteri, jika mentadbir negara.
Selain itu, ketua institusi penting negara seperti peguam negara, ketua polis negara, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), ketua audit negara dan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu bebas daripada pengaruh politik, dengan melalui proses pengesahan Jawatankuasa Terpilih Parlimen, sebelum dilantik Yang di-Pertuan Agong.