KUALA LUMPUR, 8 Jan – Tidak ada yang lebih melucukan apabila calon timbalan perdana menteri berjuang membebaskan suaminya di penjara sedangkan individu yang memenjarakan suaminya adalah calon perdana menteri!
Exco Pemuda UMNO Malaysia, Nazir Hussin Akhbar Hussin berkata ini bukan skrip drama swasta atau lawak di program Maharaja Lawak tetapi resolusi pada Konvensyen Pakatan Harapan pada hujung minggu baru-baru ini.
“Resolusi tersebut ialah Tun Dr. Mahathir sebagai calon perdana menteri manakala Datuk Seri Dr. Wan Azizah sebagai calon timbalan perdana menteri.
“Sementara itu mereka juga memutuskan proses pengampunan bermula untuk membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas Pakatan Harapan mengambil alih Putrajaya serta beliau berperanan di dalam kerajaan persekutuan lalu dilantik menjadi perdana menteri,” ujarnya dalam satu kenyataan baru-baru ini.
Seterusnya, beliau turut menempelak cara pakatan pembangkang itu berpolitik yang pasti menjadikan pentadbiran negara huru-hara kelak.
“Apa nak jadi pada Malaysia sekiranya Pakatan Harapan menerajui negara? Pasti haru-biru dibuatnya.
“Sudahlah jawatan perdana menteri hendak diberi kepada seorang lelaki yang berusia hampir 100 tahun, malah jawatan itu seolah-seolah dipersendakan apabila hendak ditukar sesuka hati.
“Tak masuk akal Anwar yang baru bebas daripada penjara

Loading...
mahu dijadikan sebagai perdana menteri,” tegasnya.
Tambahnya, jawatan perdana menteri bukan lantikan secara automatik sebaliknya perlu melalui proses demokrasi iaitu melalui pilihan raya.
“Untuk menjadi perdana menteri, Anwar perlu menjadi seorang ahli parlimen terlebih dahulu. Untuk itu, pasti akan ada kerusi parlimen yang ‘dikorbankan’ untuk membolehkan Anwar bertanding,” ujarnya Ketua Pemuda UMNO Titiwangsa itu.
Tambahnya, bukanlah ini kerja gila?
“Daripada awal misi Pakatan Harapan bukanlah mahu menjadikan Malaysia sebuah negara yang gemilang dan terbilang, tetapi membebaskan seorang banduan yang dipenjarakan atas kesalahan meliwat yang dikenakan oleh Dr. Mahathir sendiri.
“Kepada pemimpin Pakatan Harapan, ini bukan politik kedai kopi. Mereka pernah gagal dalam plot `Kajang Move’ iaitu ketika misi menukar menteri besar Selangor, inikan pula hendak menukar perdana menteri,” sinisnya.
Jelasnya lagi, kini kelihatan Pakatan Harapan sanggup berbuat apa sahaja termasuk masa depan rakyat dan negara asalkan cita-cita politik mereka tercapai.
“Satu pertanyaan saya kepada rakyat yang menyokong Pakatan Harapan, pernahkah di dalam dunia suami menjadi perdana menteri, manakala isteri pula timbalan perdana menteri?
“Bukankah ini kronisme terhebat dalam sejarah?,” soalnya lagi.
Nazir turut mempersoalkan apakah nasib pemimpin pakatan lain seperti Lim Kit Siang, Mat Sabu serta Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Semestinya Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali antara yang paling kecewa kerana sebelum ini nama beliau disebut-sebut menjadi orang nombor dua negara.
“Ke mana pula Tan Sri Muhyiddin kerana sekali lagi ditipu oleh Dr. Mahathir yang jelas bukan berjuang untuk rakyat tetapi kepentingan sendiri,” ujarnya lagi. – Media UMNO