Sembang siapa pun boleh sembang sampai tinggi mengunung.Realitinya sendiri mau ingat.
Ini mungkin satu berita kecil melibatkan seorang Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bahagian Kuantan, Mohd. Asyraf Muhammad Asri.
Namun ia boleh menjadi kayu ukur demokrasi dan kebebasan bersuara yang kononnya hendak ditegakkan oleh parti baru itu.
Siapa saja yang mendengar ucapan dasar Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad pada perhimpunan agung pertama PPBM di Shah Alam pada 30 Disember baru ini pasti berada diawang-awangan membayangkan betapa indahnya negara jika dibawah pentabiran pakatan pembangkang.
Antara yang dijanjikan bekas Perdana Menteri selama 22 tahun ini ialah kebebasan bersuara akan dikembalikan.Begitu juga kebebasan media dan segala macam bebas belaka.
Mohd Asyraf tidak dikenali sebelum ini.Beliau mungkin salah seorang yang teruja hendak jadikan PPBM wadah berpolitik.
Belum apa-apa Ketua Pemuda PPBM ini sudah terasa bahang ‘ sembang kosong’ parti itu.
‘kebebasan bersuara’ dalam parti itu teruji bila beliau bersama Ketua Penerangan PPBM Kuantan Mohd Hafiz Azizi Zainudin tampil bercakap dengan media sejurus selepas tamatnya perhimpunan agung pertama parti itu.
Kedua mereka mempersoalkan perjalanan perhimpunan agung itu yang tidak memberi ruang kepada wakil bahagian menyuarakan pandangan masing-masing.
Mereka juga kurang senang dengan ucapan dasar Dr Mahathir yang lebih bertumpu menyerang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tetap tidak gariskan hala tuju dan perjuangan parti.
Kedua mereka menilai tumpuan parti itu lebih

Loading...
diselubungi agenda dan dendam peribadi.
Hari ini Rabu…Mohad Asyraf membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi kerana mendakwa menerima pelbagai ugutan dna penghinaan dari ahli parti sendiri kerana membuat kenyataan kritikal itu.
“Kritikan itu dilakukan berlandaskan perjuangan parti yang kononnya adalah demi rakyat. Saya ingin tahu di mana letak Islam dalam perjuangan parti?
“Apabila saya melakukan kritikan ini, ramai ahli Pemuda PPBM meloncat marah dan mencaci saya. Adakah ini sikap pejuang rakyat?,” katanya dalam sidang akhbar selepas membuat laporan polis itu.
Menurut Mohd. Asyraf, dia telah menerima pelbagai ugutan dan cacian menerusi aplikasi Whatsapp dan juga di laman sosial Facebook.
Pada 1 Januari bekas Naib Presiden PPBM, Datuk Hamidah Osman yang juga salah seorang pengasas parti itu telah adakan sidang akhbar meluahkan rasa kecewa atas tindakan tanduk Dr Mahathir gelar mereka yang meninggalkan parti itu sebagai ‘sampah’.
Beliau yang keluar parti itu pada 16 September lalu menyifatkan Mahathir, 92, sebagai pemimpin diktator, ego serta mementingkan diri sendiri sehingga sanggup melupakan jasanya sebagai salah seorang pengasas PPBM sendiri.
“Tetapi inilah Mahathir, seorang diktator yang semua orang mesti dengar cakap beliau, kalau tidak ikut, beliau akan serang. Beliau hanya bersama dengan sesiapa yang mahu sekongkol dan jika bercanggah, beliau menolak,” katanya.
Hamidah bahkan tidak tolak kemungkinan Mahathir buat perkara sama terhadap ramai pemimpin pembangkang lain jika mendapati mereka enggan mengikut telunjuknya sebagai mana pernah dilakukan ketika dalam UMNO.
Hamidah yang juga bekas Exco kerajaan Perak, mengakui berasa tertipu selepas menyertai PPBM kerana pada awal penubuhan parti itu mendakwa konon mahu ganti perjuangan UMNO demi kepentingan agama, bangsa dan negara.
Sebelum ini bekas tokoh wanita parti itu yang juga salah seorang pengasas Anina Sadudin dan bekas Setiausaha Kerja PPBM, Kamarul Azman Habibur Rahman juga meluahkan kecewa terhadap senario dalaman parti itu.