Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

BENARKAH MAHATHIR TIDAK LAYAK BERCAKAP SOAL ISLAM?

SEJAK kebelakangan ini kita melihat Tun Dr Mahathir Mohamad sering bercakap mengenai Islam. Perkara tersebut mengundang rasa tidak selesa dikalangan rakyat memandangkan beliau amat sinonim dengan cara hidup yang dilihat liberal.

Malah anak perempuan Mahathir sering melaungkan perkara-perkara yang menguris hati umat Islam. Beliau turut sama memperjuangkan kebebasan seksualiti Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgendar.

Disamping itu juga Marina yang juga pengasas bersama kumpulan Sisters In Islam (SIS) bersungguh-sungguh membawa fahaman liberal yang bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar.

Tambahan pula, isteri Mahathir sendiri turut mendedahkan bahawa beliau tidak suka melihat Siti Hasmah bertudung sehingga lebih sanggup memalingkan muka daripada memandang
Loading...
wajah isteri yang bertudung.

Oleh itu, apabila Mahathir bercakap soal Amar Makruf Nahi Mungkar maka umat Islam merasakan amat janggal sekali. Beliau dilihat tidak mengamalkan apa yang beliau perkatakan. Mahathir dilihat tidak layak bercakap isu Islam.

Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mendakwa sejak dahulu lagi Mahathir “begitu alergik dengan agama”. Beliau sememangnya sering memberikan respons yang keras dalam hal membabitkan agama.

Sabtu lalu Mahathir menyifatkan mufti turut bertanggungjawab terhadap tragedi Memali 1985, kerana pada ketika itu tidak bersuara membantah “Amanat Haji Hadi” yang menurutnya punca berlakunya peristiwa hitam itu.

“Inilah hasil daripada fatwa yang dikeluarkan oleh orang politik yang tidak ditangkis oleh mufti.
“Saya fikir mufti-mufti patutlah bertanggungjawab kenapa berlaku peristiwa Memali, ia tidak akan berlaku kalau awal-awal lagi mufti mencabar Amanat Hadi (yang malah) tidak disangkal oleh mereka,” kata Mahathir.

Mungkinkah kenyataan beliau ini dibuat memandangkan isu Memali semakin panas ketika ini. Ramai pihak mahu orang yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan. Menurut sumber, Mahathir dikatakan mempunyai kaitan rapat dengan perkara ini.
Loading...
Back To Top