Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

MUHYIDDIN: DULU TUNGGUL, SEKARANG PUN TUNGGUL

JIKA kita masih ingat awal-awal Mahathir dan Muhyiddin menentang Datuk Seri Najib Tun Razak semasa masih dalam UMNO dulu sehingga keluar/dipecat dari UMNO pun, matlamat akhir kepada semua itu yang dijaja kepada rakyat ialah supaya nanti Muhyiddin akan naik jadi Perdana Menteri.

Segelintir orang (termasuk dalam UMNO pun) rasa ini munasabah dan memberikan sokongan kerana Muhyiddin, dengan latar belakang sebagai bekas Menteri Besar, Menteri Kabinet dan TPM, memang layak ganti Najib.

Itulah ceritanya kalau Najib turun seperti mana Paklah diminta turun, itulah juga ceritanya kalau Pakatan menang dalam PRU14 nanti (waktu itulah) – Muhyiddin akan jadi Perdana Menteri.  Malah, pada September 2016, Mahathir menamakan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri Pakatan, sebelum tarik balik kenyataan tersebut bila DAP sergah.

Sekarang?
Loading...
data-original-height="308" data-original-width="500" height="246" src="https://lh3.googleusercontent.com/blogger_img_proxy/AEn0k_tXu04Lcjyf3VYyQC16fsbg8R0zW6v1uSdyXosnMMRjcBhhrM3fUd-B3bTFf3CJEczIaYckQN_2FA=s0-d" width="400">
Tiada siapa menyebut Muhyiddin sebagai calon Perdana Menteri lagi.  Sebaliknya, Mahathir yang nak mati itu pulak lebih disebut-sebut sebagai bakal Perdana Menteri sementara, sebelum Anwar ambil alih kuasa.

Sebetulnya, kalau kita kaji balik, mangsa Mahathir dalam situasi ini sebenarnya ialah Muhyiddin, bukan Najib pun.  All the way, dari mula kisah ini sehingga sekarang, yang memanjang kena kelentong dek Mahathir dan “ditikam” hampir setiap masa dari belakang olehnya, ialah Muhyiddin.

Mahathir peralat Muhyiddin sehingga Muhyiddin rasa berbaloi dia dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri kerana diakhirnya akan jadi Perdana Menteri dengan sokongan Mahathir.  Penyudahnya, Muhyiddin hanyalah alat untuk Mahathir jadi Perdana Menteri semula sebenarnya, waima dalam parti dimana dia adalah pengasas dan Presiden pun, dia diketepikan oleh Mahathir dan anaknya.

Buktinya, siapa bercakap pasal ucapan Muhyiddin dalam mesyuarat Bersatu Sabtu lepas atau amanatnya dalam ucapan pembukaan, dibahaskan oleh perwakilan? Tarak, semuanya pasal Mahathir sahaja.

Ironinya, masa dalam UMNO Muhyiddin pernah dakwa dia ibarat tunggul, maka itu selepas dipecat dari UMNO dan tubuh parti baru.  Apa rupanya dalam parti baru ini pun, Muhyiddin ditunggulkan juga.
Loading...
Back To Top