Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

DAP tetap dominan, bahaya jika PH menang PRU14....Sokong 100% Yang Apa dikatakan Tu

SHAH ALAM: Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin percaya perkembangan politik Islam dan orang Melayu di negara ini berada dalam situasi cukup bahaya jika Pakatan Harapan (PH) memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Hashim berkata beliau yakin DAP tetap akan menguasai gabungan pembangkang itu meskipun mereka diperuntukkan 35 kerusi Parlimen di Semenanjung pada pilihan raya akan datang. 

Beliau turut memberi contoh situasi di Perak selepas PRU12, dengan mendakwa walaupun ketika itu wakil PAS menjadi Menteri Besar namun segala keputusan ditentukan oleh DAP yang dominan pada masa itu.

“Walaupun kita katakan PPBM dapat banyak kerusi (52 kerusi), PKR (51 kerusi) tetapi mereka akan bertanding di kawasan kubu kuat Barisan Nasional (BN) atau PAS. Kalau mereka tidak tewas dengan PAS mungkin
Loading...
kalah dengan BN.

“Berbanding DAP yang bertanding di kawasan selesa yang secara realitinya sudah menang. Akhirnya yang mengepalai Pakatan Harapan nanti adalah mereka (DAP) yang menang kerusi paling banyak.

“Kalau ditakdirkan Pakatan Harapan tubuh kerajaan, walaupun DAP tidak menjadi Perdana Menteri tetapi Perdana Menteri yang dipilih itu akan ikut cakap dia.

"Situasi ini cukup bahaya bagi politik Islam dan orang Melayu di negara ini,” katanya dipetik Utusan Online.

Menyentuh mengenai keputusan PH memilih Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri sementara jika Pakatan Harapan menang PRU14, Hashim berkata, memilih Pengerusi PH itu memegang kerusi No. 1 negara seumpama ‘bergantung pada dahan reput yang menanti masa untuk patah’.

Dalam masa sama katanya, janji Dr Mahathir untuk menjadi Perdana Menteri sementara sebelum digantikan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim juga dilihat tidak meyakinkan selepas melihat rekod-rekod terdahulu bekas Perdana Menteri itu.

“Saya yakin rakyat tidak akan mudah lupa banyak perkara tidak menyenangkan berlaku semasa zaman pemerintahan Dr Mahathir selama 22 tahun.

"Bagi saya, dosa terbesar Dr. Mahathir apabila dia menyekat bantuan untuk sekolah-sekolah agama,” katanya.
Loading...
Back To Top