Teka-teki mengenai bekas menteri besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim akan memilih wadah bertanding dalam PRU14 mungkin bakal terjawab hari ini.
Persoalan mungkin bakal berakhir hari ini apabila Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memuat naik sekeping gambarnya bersama Khalid di laman Twitternya sebentar tadi dalam majlis tertutup parti itu.
Ahmad Zahid memuatkan kapsyen berbunyi, "Tan Sri Khalid Ibrahim turut dalam majlis Konvensyen Umno Selangor di PWTC".
Adakah ia sebagai signal ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu akan menyertai Umno?
Khalid juga Adun Perlabuhan Klang dipecat PKR pada 2014 kerana dikatakan melanggar beberapa peraturan parti.
Khalid dilihat gagal mematuhi keputusan Majlis Presiden PR yang dihadiri Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (ketika itu); Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menangguhkan proses dan

Loading...
perbincangan mengenai projek Langat 2 serta menangguhkan kenaikan elaun Speaker, Menteri Besar, Exco dan Adun negeri Selangor.
Ada juga dakwaan yang menyatakan Khalid akan menyertai Pas apabila sering muncul dalam program-program Pas dan terkini hadir Himpunan Fastaqim 2.0 di Pantai Tok Jembal, Terengganu September lalu.
Biarpun begitu, Khalid tidak pernah menyebut untuk menyertai Pas namun akan bersama-sama parti itu sehingga PRU14 nanti.
[ARTIKEL BERKAITAN: Khalid Ibrahim tolak dakwaan masuk Umno]
Desas-desus mengenai Khalid ini terus menjadi perhatian.
Oktober lalu, Khalid dikaitkan pula menyertai Umno hingga ada portal yang menyatakan Khalid akan bersama parti itu pada tarikh 15 Oktober.
Namun, Khalid menolak dakwaan menyertai Umno pada hari tersebut.
Menyifatkan ia hanya khabar angin biasa, Khalid berkata, beliau sebaliknya akan berdiri di sisi Pas bagi menyokong perjuangan parti tersebut sehingga pilihan raya umum akan datang.
“Khabar angin sebegini (bagi saya) adalah perkara biasa. Apa yang akan berlaku adalah saya akan menyokong dan membantu Pas untuk memenangi PRU nanti,” katanya.
Khalid menyatakan bersedia berkempen untuk Pas walaupun tidak akan kembali dalam dunia politik secara langsung.
“Jangan takut saya nak masuk politik mana-mana, saya hanya mahu tolong Pas,” katanya lagi ketika itu.