Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Sultan Perak tegur individu, institusi cemar nama baik Islam

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menegur perbuatan individu dan pendirian institusi tertentu yang mencalarkan kesucian dan nama baik Islam.

Menurut laporan Utusan Malaysia, baginda bertitah, individu dan institusi berkenaan membenarkan para petugas melakukan pelbagai tindakan atas tujuan mahu menguatkuasakan peraturan untuk melindungi Islam.

Titah baginda, kata-kata penghinaan yang diungkapkan dan tindakan-tindakan berunsur dendam, ugutan, tangkapan, tahanan dengan kaedah soal siasat yang mengandungi elemen-elemen seksaan dan deraan memberi
Loading...
imej sangat negatif terhadap cara Islam diamalkan di negara ini.

“Islam tidak mengizinkan perbuatan memulau mana-mana kumpulan atau memutuskan silaturahim dengan mana-mana individu hingga ketahap penghinaan tidak mahu menguruskan jenazah seseorang individu yang telah meninggal dunia, hanya berpunca daripada perselisihan tafsiran dan pandangan.

“Perbuatan-perbuatan sedemikian adalah perbuatan melampau dan keterlaluan yang sangat bercanggah dengan sifat-sifat mulia yang dipamerkan oleh Rasulullah,” titah baginda.

Sultan Nazrin bertitah demikian ketika merasmikan majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri di sini hari ini.

Baginda bertitah lagi, perbuatan dan tindakan sedemikian wajib diberhentikan dan dibanteras secara tegas.

“Islam menganjurkan kesederhanaan. Oleh itu majoriti umat yang berpegang kepada amalan kesederhanaan wajib bangun bersuara dan suara majoriti ini jangan sama sekali merelakan untuk ditenggelami oleh kumpulan ekstrem yang minoriti,” titah baginda. 
Loading...
Back To Top