KUALA LUMPUR, 21 Dis – Tahap hipokrasi yang ditunjukkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Lim Kit Siang terserlah apabila kedua-dua pemimpin utama pakatan harapan itu meletakkan kepentingan politik melebihi keutamaan mencari kebenaran, bidas Bendahari UMNO Malaysia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.
Menurutnya, ini jelas apabila Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu menyerang dan menyalahkan Datuk Abdul Murad Khalid berhubung kenyataan bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) itu dalam sesi pendengaran Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai skandal kerugian urus niaga mata

Loading...
wang asing bank pusat tersebut.
“Tun Mahathir sepatutnya memarahi Lim Kit Siang, bukannya Murad.
“Murad hanya beri keterangan dalam pendengaran RCI berhubung kerugian sebenar forex, yang mendedahkan jumlahnya adalah RM31.5 bilion dan bukannya RM5.7 bilion.
“Bagaimanapun, Kit Sianglah yang selama 20 tahun, mendesak supaya ditubuhkan RCI bagi menyiasat kerugian urus niaga forex Bank Negara,” jelas beliau sebagaimana dalam catatan terkini blognya sskeruak.blogspot.my hari ini.
Salleh turut menimbulkan persoalan, bukankah selama ini Kit Siang yang menuntut kebenaran dan Tun Mahathir yang menyatakan beliau hanya mencari kebenaran.
Justeru Menteri Komunikasi dan Multimedia itu berpandangan bahawa kedua-dua mereka itu kini masing-masing membuat pusingan-U kerana memerlukan satu sama lain.
“Kini Tun Mahathir memerlukan Kit Siang sebagai sekutu politiknya.
“Manakala Kit Siang pula memerlukan Tun Mahathir untuk meraih undi Melayu, kedua-duanya membuat pusingan-U berhubung skandal forex,” katanya. – MediaUMNO