Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Pasukan khas polis siasat laporan RCI: Mari kita tengok siapa yang kena....

Selepas laporan Suruhanjaya Diraja (RCI) mengenai skandal BNM Forex dibentangkan kepada Dewan Rakyat bukan main kalut lagi pembangkang dok spin cerita.

Paling menarik peguam Tun Mahathir Mohamad, Mohamed Haniff Khatri Abdulla mahu menfailkan injunksi di mahkamah bagi menghalang laporan tersebut disebarkan.

Alamak... apa pasal takut... sudah goyang ka...?

Menarik juga apabila portal berita pembangkang mula menggunakan artis separuh masak untuk mempersoalkan itu ini berkaitan dengan laporan tersebut.

Ada yang bertanya mengapa RCI ini tidak dilakukan 23 tahun yang lalu iaitu pada 1994.

Nampak tak bodohnya soalan itu?

Zaman Tun Mahathir dan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sekarang dok sibuk nak tutup skandal ini masih berkuasa... tak kan depa nak buat RCI untuk pecahkan tembelang sendiri?

Jika penyokong Pakatan mahu mempersoalkan mengapa RCI tidak dijalankan 23 tahun yang lalu, mereka harus bertanya kepada Pengerusi Pakatan iaitu Dr Mahathir dan Ketua Umum Pakatan Anwar Ibrahim mengapa?

Tuduhan utama adalah bahawa terdapat usaha menutup jumlah kerugian sebenar dan parlimen atau kabinet diberitahu jumlah yang lebih sedikit.

Sejak 13 tahun yang lalu, tiada siapa dari kerajaan atau yang bekerja untuk BNM mahu mendedahkan kerugian jauh lebih besar daripada dilaporkan.

Semuanya terdedah apabila bekas Penolong Gabenor BNM Datuk Abdul Murad Khalid, pada Februari 2017 mengadakan sidang akhbar mendakwa kerugian negara akibat skandal forex jauh lebih besar daripada yang diumumkan dan mendesak ditubuhkan RCI untuk menyiasat perkara itu.

Sementara itu, buat kali
Loading...
pertama Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengetuai siasatan berhubung kes pecah amanah dan penipuan mengenai kes kerugian urus niaga mata wang asing (Forex) oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada 1990-an.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, Suruhanjaya Diraja (RCI) yang ditubuhkan berhubung kerugian itu telah mengesyorkan siasatan dijalankan mengikut undang-undang.

“Biarpun suruhanjaya tersebut tidak mempunyai kuasa perundangan, tetapi dapatan kajian ini telah mengesyorkan agar siasatan mengikut perundangan dilakukan.

“Mereka mencadangkan beberapa personaliti dalam laporan itu supaya dilakukan siasatan mengikut undang-undang kanun jenayah atau undang-undang lain berkaitan,” katanya.

Dalam pada itu,  Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata pasukan yang diketuai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Amar Singh Ishar Singh itu ditubuhkan semalam sejurus laporan polis berhubung perkara berkenaan diterima.

“Kita telah menerima laporan itu dan akan menyiasat perkara ini dari semua sudut.

“Setakat ini, pasukan khas ditubuhkan bagi meneliti kes ini… beri kami masa,” katanya dipetik sebuah agensi portal berita.

Ditanya sama ada Mahathir dan Anwar akan dipanggil untuk diambil keterangan, beliau berkata mereka akan dipanggil sekiranya perlu.

“Siasatan masih baru diambil alih Bukit Aman… jangan buat sebarang andaian. Mereka akan dipanggil berdasarkan keputusan siasatan yang kita lakukan,” katanya.

Semalam, Setiausaha suruhanjaya berkenaan Datuk Dr Yusof Ismail membuat laporan polis berdasarkan syor dan rumusan RCI mengenai kemungkinan berlaku pecah amanah dan penipuan dalam skandal berkenaan.

Yusof dilaporkan berkata laporan itu bagi membolehkan polis menjalankan siasatan rasmi ke atas kesalahan pecah amanah, jenayah dan penipuan serta lain-lain kesalahan yang mungkin dilakukan oleh pihak yang dinyatakan dalam laporan suruhanjaya tersebut.

Laporan setebal 400 muka surat itu dibentangkan di Parlimen Khamis
Loading...
Back To Top