Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

PAS: Tun M lawan kerosakan yang pernah dibuat dahulu

SHAH ALAM: PAS percaya Tun Dr Mahathir Mohamad akan melakukan pelbagai perkara 'pelik' dalam usahanya mendapatkan sokongan rakyat bagu menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.

Merujuk kepada sokongan bekas perdana menteri itu supaya Ketua Umum Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan dari penjara, Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mendakwa Dr Mahathir sanggup berbuat apa sahaja untuk merealisasikan kepentingan politiknya.

"Semua itu politik terdesak yang ditunjukkan Dr Mahathir kerana kita nampak beliau sudah tidak tahu lagi cara untuk mendapatkan sokongan.

“Berdasarkan
Loading...
pengalaman kita, Dr Mahathir ini dilihat boleh buat apa sahaja, mungkin dekat PRU ke-14, ada benda-benda lain lagi yang pelik akan keluar," katanya memetik Malaysiakini.

Mohd Amar berkata demikian kepada media selepas program ceramah PAS di Kampung Lundang, Kota Bharu, malam tadi.

Baru-baru ini Dr Mahathir, yang juga Pengerusi PH mendesak kerajaan membebaskan Anwar yang menjalani hukuman penjara kerana meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan pada tahun 2003.

Pada 13 Disember lalu, Dr Mahathir mengeluarkan kenyataan bersama dengan peguam hak asasi manusia dari AS, Kimberly Motley, yang menganggap Anwar sebagai tahanan politik dan perlu dibebaskan segera.

Dr Mahathir pernah menyingkirkan dan memenjarakan Anwar sekitar tahun 1999.

"Saya percaya, rakyat sama sekali tidak akan terpengaruh dan terperdaya dengan politik Dr Mahathir ini.

"Dia singkirkan Anwar, zaman Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) dia angkat Najib, sekarang dia lawan Najib.

"Dr Mahathir ini dia berlawan dengan kerosakan yang dibuatnya dulu," ujarnya.
Loading...
Back To Top