Ringgit mempunyai ruang untuk meningkat berbanding tahap sekarang, memandangkan negara memiliki prinsip-prinsip asas yang kukuh termasuk harga minyak mentah yang stabil serta keluaran dalam negara kasar dan pertumbuhan eksport yang lebih baik, kata Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Wira Othman Aziz.
Beliau yakin ringgit
Beliau yakin ringgit
Loading...
akan melanggar tahap psikologi pada 4.0, semasa suku pertama tahun 2018.
Di pasaran pertukaran wang asing hari ini, ringgit telah didagangkan pada 4.0740 berbanding dolar US, lebih tinggi daripada 4.0750 yang direkodkan semalam.
“Ringgit mula mengukuh pada setiap hari. Nilai saksama seharus lebih baik dan mudah-mudahan menjelang akhir tahun dan pada suku pertama 2018, kita akan dapat melihat mata wang tempatan itu berprestasi lebih baik.
“Bagaimanapun, faktor-faktor luaran juga akan mempengaruhi pergerakan ringgit. Jika segala-galanya tidak berubah, contohnya kadar faedah AS, kita sewajarnya melihat ringgit yang lebih kukuh, tidak lama lagi,” katanya kepada pemberita semasa Simposium Tahunan Ketiga mengenai Kewangan Islam di sini hari ini. – BERNAMA