Khabarnya nama Dato’ Seri Mukhriz Mahathir terlalu hebat di Kedah. Sebut saja nama Mukhriz, maka konon ramai yang teruja mahu diajak selfie (swafoto) dengannya. Popularnya dia bagaikan selebriti ternama.
Setahu penulis, Mukhriz merupakan graduan lulusan universiti luar negara. Dia khabarnya merupakan ahli perniagaan dan memiliki sebuah syarikat fiber optik. Sudah berkeluarga dan bermastautin di Lembah Klang.
Latar belakang politiknya konon ‘disekat’ di era bapanya memerintah dulu. Sekat atau tidak, difahamkan dia pernah dilantik Exco Pemuda UMNO, Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri dan seterusnya Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri.
Dia menjadi Ahli Majlis Tertinggi (MT) atas kapasiti ‘bos’ UMNO Negeri yang layak secara automatik. Dia pernah tewas tercorot bertanding Ketua Pemuda UMNO di belakang Khairy Jamaluddin dan Dr Mohamad Khir Toyo. Bertanding Naib Presiden pun tewas.
Namun begitu, dia pernah dilantik sebagai Timbalan Menteri MITI. Kemudian, Dato’ Seri Najib Tun Razak lantik dia jadi Menteri Besar Kedah. Salah sendiri, dia gagal meraih sokongan politik di negeri itu yang mengakibatkan dia tersingkir dari jawatan tersebut.
Walau bagaimanapun, dia kini gah sebagai Timbalan Presiden parti ‘cap bunga’. Khabarnya, dengan jawatan setinggi itu, dia amat berpotensi untuk dilantik menjadi Menteri jika Pakatan Harapan menang di peringkat persekutuan nanti.
Sedari dulu lagi, Mukhriz dikatakan memang lebih suka bertugas di peringkat pusat, bukan di peringkat negeri. Maklumlah, dia dan keluarga bermastautin di ibu negara, maka tidak perlulah dia terlalu ambil pusing tentang rakyat sebagaimana Adun.
Maka secara tidak langsung, Mukhriz dijangka akan bertanding di kerusi Parlimen pada PRU 14 nanti. Sebelum

Loading...
ini, timbul desas-desus kemungkinan Mukhriz akan bertanding di kerusi yang dianggap ‘selamat’ baginya di Kedah. Antara yang disebut adalah Kubang Pasu, Langkawi dan Jerlun.
Soalnya, apakah kerusi-kerusi itu semuanya benar-benar ‘selamat’ bagi Mukhriz? Kenapa hanya Mukhriz sahaja yang ‘selamat’ di kerusi itu? Bukankah parti ‘cap bunga’ yang akan dipangkah di atas kertas undi nanti? Kenapa dia perlu bertanding di kerusi ‘selamat’?
Jika benarlah Mukhriz terlalu hebat di mata orang Kedah, dia bertanding di mana pun pasti dia boleh menang dengan mudah di negeri itu. Untuk membuktikan dirinya hebat bagai dikata, dia perlu buktikan dia benar-benar hebat dan bertanding di kubu kuat UMNO.
Penulis mencabar supaya Mukhriz buktikan dirinya benar-benar berani menyanggah penguasaan UMNO dan mencabar kerusi Padang Terap yang kini disandang oleh Menteri Pendidikan, Dato’ Seri Mahdzir Khalid.
Mahdzir adalah menteri kanan mengetuai sebuah kementerian yang penting. Kementerian Pendidikan menjadi platform utama sebelum melangkah ke anak tangga yang lebih tinggi. Bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim pernah menjadi Menteri Pendidikan sebelum menjadi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, bukan?
Untuk buktikan dirinya benar-benar diterima rakyat Kedah, dia perlu tewaskan Mahdzir di Padang Terap. Khabarnya kedudukan Menteri Pendidikan itu tidak kurang juga hebat di sana. Jika Mukhriz berjaya, maka kuranglah satu kerusi penting BN, bukan?
Mukhriz tidak perlu ‘menikus’ takut. Khabarnya jumlah ‘like’ yang dimiliki Mukhriz di Facebook jauh lebih banyak berbanding Mahdzir. Mungkin dengan jumlah ‘like’ tersebut akan menyebabkan Mukhriz boleh menang di Padang Terap nanti.
Lagipun, apa sangatlah standard Mukhriz untuk bertanding melawan pemimpin BN lain di sana. Khabarnya parti ‘cap bunga’ di Kedah ada ramai tokoh ‘hebat’, berilah mereka peluang untuk tewaskan pemimpin BN yang lain-lain itu.
Tapi, beranikah Mukhriz berentap dengan Mahdzir di Padang Terap? Atau Mukhriz terpaksa fikir 100 kali untuk mencabar Menteri kanan? Anak ‘negarawan terbilang’, takkanlah takut mencabar Mahdzir yang arwah bapanya hanya rakyat biasa? Bagaimana? Berani?