Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Mampukah Mahathir menjadi Perdana Menteri kembali?

Salah satu keindahan demokrasi adalah penyertaan (participation) dari segi pandangan dan aksi dari semua pihak dalam proses melahirkan kerajaan baru melalui pilihanraya.

Proses ini amat bermakna kerana melalui perbincangan dan perbahasan rakyat jelata dapat menimbang pandangan dari pelbagai pihak dan mengubahsuai pandangan sendiri mahupun bergabung dengan orang bersependapat untuk meningkatkan pengaruh mereka sebelum membuang undi.

Proses ini tidak patut berhenti setakat penjemahan suara majoriti. Jika kita berhenti di situ, ini bermakna kita sekadar menerima realiti masyarakat dan membiarkan golongan majoriti membuat pilihan untuk kita.

Ia juga bermakna kita melepaskan peluang untuk bersuara dan mempengaruhi
Loading...
arus fikiran perdana untuk membawa perubahan yang lebih bermakna.

Atas alasan ini, saya ingin memberikan pandangan saya tentang pemilihan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai interim perdana menteri kerajaan Pakatan Harapan dan sekaligus membalas hujahan saudara Wan Hamidi amid dalam artikel ‘Jika tak suka Dr Mahathir, siapa patut jadi calon PM?’

Label idealis atau realis tidak membantu dalam perbincangan. Yakni kita perlukan kedua-dua elemen ini dalam politik.

Tiada aspirasi, kita seumpama kapal hilang kompas di lautan, akhirnya mungkin kita tidak sampai ke mana-mana; Tidak menimbang keadaan sebenar, kita bagaikan anak kapal bercita-cita merentasi lautan Pasifik tetapi tidak mengambil peduli keadaan kapal.

Namun garisan realiti dengan idealistik kadang-kadang bukan begitu jelas dan bergantung kepada interpretasi. Wan Hamidi telah meringkaskan aspirasi ramai anak Malaysia yang inginkan perubahan seperti berikut, “Kita perlu satu usaha tegas untuk merungkai masalah politik rasis yang semakin parah yang merenggangkan hubungan antara kaum dan agama. Kita perlu kepada kebebasan berfikir dan bersuara tanpa ancaman undang-undang zalim…”
Loading...
Back To Top