Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

MALAYSIAKINI MELAMPAU. PRO ISRAEL?

Mohd Puad Zarkashi
MT UMNO
22.12.17

Semalam “MALAYSIAKINI” portal pro pembangkang secara biadap berani menyiarkan satu artikel “Pro Israel” dalam portal mereka. Di saat rakyat Malaysia dan antarabangsa mengecam tindakan Amerika untuk memindahkan pejabat kedutaannya ke Baitul Muqqadis, tiba tiba Malaysiakini bersikap pro Israel. Di saat semua anggota Majlis Keselamatan PBB (kecuali Amerika) mengundi mengecam tindakan Amerika, tiba tiba Malaysiakini mahu menyalahgunakan kebebasan media
Loading...
untuk menyakitkan hati rakyat Malaysia yang akan berhimpun hari ini bersama PM di Masjid Putrajaya untuk membantah tindakan Donald Trump itu.

Artikel itu bukan sahaja mengecam tindakan Najib, Malaysia dan dan Turki yang dianggap bodoh tetapi membuat provokasi melampau dengan mengatakan Jerusalem telah menjadi Ibu Negara Jewish sejak 3000 tahun lalu. Bahkan masyarakat Jewish adalah majoriti sehingga ke tahun 1800 pemerintahan Kerajaan Uthmaniah.

Bukan itu sahaja, si penulis menggunakan hujah, bahawa dalam Al Quran hanya menyatakan Jerusalem kota suci ketiga kepada umat Islam berbanding “Judaism” menyatakan Jerusalem adalah kota paling suci untuk orang Yahudi.

Hakikatnya orang Palestin adalah majoriti di Jerusalem sehinggalah ke tahun 1900an sehinggalah penjajah British menggalakkan perpindahan penduduk Yahudi ke kawasan berkenaan.

Apakah rakyat Malaysia yang berhimpun hari ini adalah bodoh? Malaysiakini memang melampau.
Loading...
Back To Top