Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

MAHB nafi dakwaan DAP konon KLIA2 terminal bajet

MUNGKIN PEMIMPIN DAP TONY PUA SUDAH LAMA TIDAK MENAIKI PENERBANGAN DARIPADA LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2 (KLIA2) YANG DIANGGAPNYA TERMINAL KOS RENDAH.
Malaysia Airports Holding Bhd (MAHB) dalam kenyataan membidas tohmahan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu yang anggap KLIA2 untuk ganti Terminal Penerbangan Tambang Rendah (LCCT).

Firma pengendali 39 buah lapangan terbang di Malaysia itu menegaskan bahawa pembinaan KLIA2 sebanyak RM4 bilion
Loading...
mengambil kira pelbagai kepentingan termasuk memenuhi keperluan industri penerbangan awam negara.

Pada masa sama, MAHB berkata, langkah menyamakan caj khidmat penumpang (PSC) di KLIA2 dengan KLIA membolehkan peruntukan subsidi RM60 juta setahun digunakan bagi mengukuhkan sektor penerbangan Malaysia.

“Secara rasionalnya, langkah untuk menyeragamkan kadar PSC itu disebabkan KLIA2 sudah setanding dengan KLIA malahan menjadi lapangan terbang yang jauh lebih hebat berbanding terminal udara lain di seluruh negara sendiri.

“Penyamaan caj baharu itu juga membolehkan lapangan terbang di Malaysia lebih menepati garis panduan sektor penerbangan komersial antarabangsa, termasuk Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO),” katanya.

Sementara itu, MAHB turut mengumumkan bahawa kadar PSC untuk perlepasan destinasi antarabangsa meningkat kepada RM50 bagi KLIA2 dan RM73 untuk semua lapangan terbang lain.
Loading...
Back To Top