Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

LAPORAN RCI MENDEDAHKAN BAHAWA DR M TELAH MEMBANTU MENYEMBUNYIKAN KERUGIAN FOREX SEBANYAK RM31.5B

Siasatan RCI mengenai kerugian forex BNM pada tahun 1990-an mengatakan bahawa bekas Perdana Menteri merestui tindakan Menteri Kewangan dalam menyembunyikan jumlah kerugian sebenar yang dialami BNM dalam skandal forex dari pengetahuan kabinet dan parlimen.

❎ Ini adalah penemuan yang berkaitan dengan skop siasatan mengenai sama ada terdapat unsur-unsur fakta dan maklumat yang tersembunyi berkaitan dengan kerugian forex yang dialami oleh BNM serta juga sama ada terdapat kenyataan yang mengelirukan yang diberikan kepada Kabinet, Parlimen dan orang awam.

❎ "Oleh kerana laporan tahunan BNM tidak menyatakan kerugian bagi tahun 1992, 1993 dan 1994 maka wujud bukti bahawa terdapat penyembunyian fakta yang disengaja,

❎ "Suruhanjaya itu berpendapat bahawa bekas Perdana Menteri itu telah merestui tindakan Menteri Kewangan yang dengan sengaja menyembunyikan maklumat itu untuk mengelirukan kabinet."

❎ Suruhanjaya itu juga berkata penemuan mereka adalah berdasarkan kepada minit Mesyuarat Kabinet dan keterangan dari Menteri Kewangan dan Mahathir sendiri,

❎ Dengan ini, suruhanjaya itu mencadangkan agar polis melakukan siasatan terbuka ke atas kemungkinan berlakunya jenayah pecah amanah (CBT) atau penipuan oleh pelbagai pihak, termasuk Mahathir, kemudian Menteri Kewangan Anwar Ibrahim, Lembaga Pengarah BNM, Pegawai Kewangan, Pegawai BNM, dan pegawai dari Pejabat Ketua Audit Negara

RCI says Dr M helped in concealing RM31.5bil forex losses – Malaysia Today

MALAYSIA TODAY
(Translated by: Ariff Ahmad)

(FMT) - Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai kerugian perdagangan forex oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada 1990-an hari ini mendedahkan penemuannya dengan menyatakan bahawa bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad telah membantu serta dengan "sengaja menyembunyikan" kerugian tersebut.

Ini adalah penemuan yang berkaitan dengan skop siasatan mengenai sama ada terdapat unsur-unsur fakta dan maklumat yang tersembunyi berkaitan dengan kerugian forex yang dialami oleh BNM serta juga sama ada terdapat kenyataan yang mengelirukan yang diberikan kepada Kabinet, Parlimen dan orang awam.

"Oleh kerana laporan tahunan BNM tidak menyatakan kerugian bagi tahun 1992, 1993 dan 1994 maka wujud bukti bahawa terdapat penyembunyian fakta yang disengaja,

"Juga kegagalan Menteri Kewangan dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan telah gagal untuk mengambil tindakan selanjutnya setelah dimaklumkan oleh Ketua Audit Negara tentang kerugian total RM31.5 bilion selama tiga tahun

Laporan itu juga menyebut bahawa "Suruhanjaya itu berpendapat bahawa bekas Perdana Menteri itu telah merestui tindakan Menteri Kewangan yang dengan sengaja menyembunyikan maklumat itu untuk mengelirukan kabinet."

Suruhanjaya itu juga berkata penemuan mereka
Loading...
adalah berdasarkan kepada minit Mesyuarat Kabinet dan keterangan dari Menteri Kewangan dan Mahathir sendiri, yang mengesahkan bahawa Perdana Menteri menyedari kerugian itu kerana ia telah dilaporkan kepadanya oleh Kementerian Kewangan dan Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan.

Suruhanjaya itu selanjutnya berkata bahawa perbuatan menyembunyikan jumlah kerugian yang besar dan ditambah pula oleh pemindahan saham yang secara senyap ke BNM untuk menyerap kerugian tersebut melalui perolehan keuntungan modal.

RCI mengesyorkan supaya pihak polis menyiasat kemungkinan berlakunya CBT (jenayah pecah amanah)

Dengan ini, suruhanjaya itu mencadangkan agar polis melakukan siasatan terbuka ke atas kemungkinan berlakunya jenayah pecah amanah (CBT) atau penipuan oleh pelbagai pihak, termasuk Mahathir, kemudian Menteri Kewangan Anwar Ibrahim, Lembaga Pengarah BNM, Pegawai Kewangan, Pegawai BNM, dan pegawai dari Pejabat Ketua Audit Negara.

Laporan itu juga menyebut bahawa mereka memang "pasti tentang jumlah kerugian sebanyak RM31.5 bilion yang ditanggung oleh BNM didalam oleh urus niaga forex pada tahun 1992, 1993, dan 1994".

"Ia berkata ini disokong oleh laporan Pengolahan Perakaunan BNM bagi tempoh 1988-1994, Laporan Audit mengenai operasi forex untuk tempoh yang sama, satu surat oleh Ketua Audit Negara dan minit Lembaga BNM pada Februari 1995.

"Keterangan saksi juga menyokong penemuan kami bahawa jumlah keseluruhan kerugian yang diperoleh daripada dokumen," kata laporan itu.

RCI, yang berlangsung selama sembilan hari bermula dari 21 Ogos hingga 19 September, menyaksikan sejumlah 25 saksi memberi keterangan.

It was led by its chairman Sidek Hassan, who is former Chief Secretary to the government and current Chairman of Petronas.

Ia dipengerusi oleh Sidek Hassan, yang merupakan bekas Ketua Setiausaha Kerajaan dan sekarang menjadi Pengerusi Petronas.

Ahli panel RCI yang lain ialah Hakim Mahkamah Tinggi Kamaludin Md Said, Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Bhd, Tajuddin Atan, Pengerusi bersama Pasukan Petugas Khas untuk memudahkan Perniagaan Saw Choo Boon dan ahli Institut Akauntan Malaysia K Pushpanathan.

The RCI’s scope of inquiry was to:

Skop siasatan RCI adalah untuk:

* Menentukan kesahihan tuduhan mengenai kerugian pertukaran asing yang dialami oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada tahun 1990-an dan implikasinya terhadap ekonomi negara;

*. Menentukan sama ada penglibatan BNM dalam aktiviti pertukaran asing yang menyebabkan kerugian yang bertentangan dengan Ordinan Bank Pusat 1958 atau mana-mana undang-undang yang berkaitan;

* Menentukan sama ada terdapat unsur-unsur fakta tersembunyi dan maklumat yang berkaitan dengan kerugian pertukaran asing yang dialami oleh BNM dan kenyataan yang mengelirukan yang diberikan kepada kabinet, parlimen dan orang awam;

* .Menyarankan tindakan yang sesuai untuk diambil terhadap mereka yang didapati secara langsung dan / atau secara tidak langsung terlibat dalam menyebabkan kerugian dan menyembunyikan fakta dan maklumat mengenai kerugian, dan,

* .Menyarankan langkah yang sesuai untuk memastikan insiden tidak akan berulang.

http://ift.tt/2ByJRc0

Sumber: Ariff Ahmad
Loading...
Back To Top