Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Khalid Ibrahim umum pendirian...akan bantu UMNO dan PAS pada PRU14

Bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim menjadi tumpuan bila muncul  pada Konvensyen UMNO Selangor di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Sabtu yang dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi.

Ini kerana arah mana hendak ditujunya semasa pilihanraya umum ke 14 nanti terus menjadi bahan spekulasi dan teka teki.

Beliau yang kini tidak menjadi anggota mana-mana parti adalah Ahli Parlimen Bebas Bandar Tun Razak Kuala Lumpur dan Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Pelabuhan Kelang Selangor.

Kebelakangan ini ada yang cakap beliau condong untuk membantu BN semasa PRU 14 dan ada yang kata beliau akan tolong PAS yang mendokongnya semasa jadi Menteri Besar dulu khususnya semasa krisis Langkah Kajang.

Hari ini pendirian beliau sudah jelas terbentang.

Loading...
href="http://ift.tt/2AqvUgY" imageanchor="1" style="clear: left; float: left; margin-bottom: 1em; margin-right: 1em;"> Pada sidang akhbar bersama Zahid selepas perasmian konvensyen itu Khalid secara rasmi umum beliau akan membantu kedua-dua BN dan PAS semasa PRU14.

Hadir sama di sidang akhbar itu ialah Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor Tan Sri Noh Omar dan bekas Naib Presiden UMNO dan bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib.

Katanya beliau akan membantu UMNO dan juga telah memberitahu rakan-rakan dalam PAS yang bantunya di masa lampau akan juga bantu mereka.

Khalid menegaskan tiada siapa boleh dakwa beliau memecahbelahkan rakyat dan akan bantu mereka yang membangunkan Selangor.

Serentak dengan itu beliau ulangi pendirian tidak akan bertanding pada PRU14.

Zahid pula kata mereka semua tahu jiwa Khalid sekalipun sebelum ini berada dalam wadah lain.

Katanya begitu juga halnya dengan Muhammad Taib.

Menurutnya tiada siapa boleh persoalkan rasional UMNO Selangor melibatkan Khalid dan bekas Menteri Besar lain dalam jentera pilihanraya.
Loading...
Back To Top