KUALA LUMPUR: Kerajaan boleh mengambil tindakan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad dan peguam hak asasi manusia, Kimberley Motley kerana menghina sistem perundangan di negara ini selepas membuat kenyataan bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah tahanan politik.
Setiausaha Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Dr Abdul Halim Sidek, berkata jelas kenyataan bersama itu tuduhan tidak berasas kerana Anwar disiasat, ditahan, didakwa dan dibicarakan mengikut undang-undang negara ini secara terbuka.
Katanya, Anwar bukannya tahanan politik seperti Nelson Mandela dan Mahatma Gandhi yang ditahan tanpa perbicaraan.
“Anwar melalui proses keadilan yang sama seperti orang lain, malah beliau dibenarkan membuat rayuan dan ada pemerhati bebas yang dilantik untuk perbicaraannya.
“Jadi dakwaan menyatakan Anwar tahanan politik adalah satu fitnah dan kerajaan boleh mengemukakan saman terhadap Motley dan Dr Mahathir,” katanya mengulas tindakan Motley bersama Dr Mahathir mendesak kerajaan membebaskan Anwar yang kini menjalani hukuman penjara 34 bulan, kerana

Loading...
bekas pemimpin itu adalah tahanan politik.
Dalam kenyataan bersama itu, Motley yang mendakwa mewakili Anwar sejak 7 September lalu atas dasar pro bono mahu bekas Timbalan Perdana Menteri itu dibebaskan segera kerana memerlukan penjagaan perubatan yang kononnya dinafikan haknya akibat penahanannya itu.
Untuk rekod, Anwar yang baru saja menjalani pembedahan bahu sedang menjalani rawatan pemulihan di bawah seliaan pakar Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Abdul Halim yang juga Profesor Undang-Undang Sekolah Perniagaan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) berkata, fitnah yang dilemparkan Motley dan Dr Mahathir serius kerana ternyata penahanan Anwar tiada kaitan dengan kerajaan.
Beliau berkata, kenyataan bersama itu juga menjejaskan reputasi dan rekod baik sistem kehakiman negara.
“Sebagai peguam hak asasi, Motley sepatutnya dapat menimbangkan dengan waras sama ada penahanan Anwar itu sah dan mengikut undang-undang negara ini atau tidak,” katanya.
Sementara itu, mengulas mengenai keputusan Pakatan Pembangkang yang menamakan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri katanya, tindakan itu hanya menyebabkan orang ramai menjauhkan diri daripada parti pembangkang kerana bekas Perdana Menteri itu sudah berusia 93 tahun.
“Ini urusan ‘rumah tangga’ pakatan pembangkang, cuma saya suka hendak menasihatkan kepada mereka, bahawa calon Perdana Menteri mereka itu sudah 93 tahun, mempunyai rekod yang tidak berapa baik sepanjang menjawat jawatan itu malah beberapa bekas Menteri menyatakan kepemimpinannya adalah ‘kuku besi’,” katanya.