Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Jom ‘Habiskan Duit’ Di GPO Kini Di Genting Higlands

GENTING Highlands Premium Outlet (GPO) yang merupakan sebuah pusat jualan premium pertama yang terletak di puncak bukit di Asia Tenggara sedang mengadakan jualan (sales) pertama sejak dibuka pada Jun lalu.

Jualan yang
Loading...
berterusan sehingga tengah malam Ahad membolehkan pelanggan menikmati pengalaman membeli-belah seawal pukul 10 pagi untuk merebut pelbagai barangan dengan 'markdowns' sehingga 90 peratus.

"Kami sangat teruja untuk mengalu-alukan para pembeli untuk berbelanja pada jualan perayaan kami yang pertama di GPO.

"Pembeli dapat menikmati penjimatan sehingga 90 peratus daripadai 150 jenama yang ada di sini.
"Jualan terdahulu kami di Johor Premium Outlets menarik ramai orang ramai, dan pada tahun ini di GPO, kami menjangkakan lebih ramai pelanggan yang akan memanfaatkan peluang ini," kata ketua pegawai operasi Genting Simon Sdn Bhd, Jean Marie Pin Harry.

Loading...
Back To Top