Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

'JAWAPAN' KEPADA DIALOG 'MALAYSIA BARU' UNTUK DAIM ZAINUDDIN

DALAM satu majlis dialog 'Malaysia Baru” yang diadakan pada 17 Disember 2017, Daim Zainuddin nampak 'playsafe' bila menjawab soalan.

Ini adalah antara hujah-hujah beliau :-

Daim - "Kebebasan bersuara semakin disekat berbanding pada zaman Tun Dr Mahathir Mohammad".

Jawapan - "Tun Daim mungkin tidak tahu ISA sudah dihapuskan pada zaman Datuk Seri Najib Tun Razak."

Daim - "Jurang semakin besar antara yang kaya dengan yang miskin".

Jawapan - "Daim lupa bahawa beliau yang bersekongkol dengan Mahathir mengamalkan 'crony capitalism' selama 22 tahun iaitu mengayakan beberapa individu kononnya boleh melimpahkan kekayaan mereka kepada orang ramai. Sebab itu visi Najib ialah mewujudkan masyarakat berpendapatan tinggi menjelang 2020."

Daim - "Kalau ekonomi negara baik, mangapa banyak syarikat bankrap dan perlunya ada BR1M?"

Jawapan - "Daim sekali lagi lupa bahawa yang menubuhkan 'Danaharta' semasa krisis kewangan dulu ialah Mahathir. Ini dikritik kuat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Konvensyen UMNO Johor di Pulau Sibu, Mersing".

"Menurut Anwar, Danaharta adalah agenda Mahathir untuk 'bailout' syarikat milik kroninya termasuk muslihat untuk menghalalkan bailout syarikat milik anaknya, Mirzan Mahathir yang hampir bankrap akibat krisis kewangan itu. Mahathir melihat ucapan itu sebagai perancangan Anwar mahu menjatuhkan beliau. Sebab itu dia menggunakan isu liwat untuk menjatuhkan Anwar".

"Mengenai BR1M, Daim tahu subsidi pukal
Loading...
untuk petrol perlu ditamatkan. Bila Najib hentikan maka penjimatan itu termasuk hasil GST dipulangkan kepada rakyat melalui BR1M".

Daim - "Sokong hanya wujudkan sekolah satu aliran sahaja?"

Jawapan - "Daim jangan hipokrit kerana dia tidak pernah pun memperjuangkan isu 'sekolah satu aliran' semasa dalam kabinet dulu. Jika berani buatlah kenyataan terbuka bukan di majlis tertutup (kehadiran 80 orang) dan media tidak dibenarkan masuk."

Daim - "Malaysia akan jadi negara berpendapatan tinggi dan GDP mencatat pertumbuhan yang membanggakan. Itu semua bukan satu realiti, ia hanya satu angka sahaja."

Jawapan - "Masa Daim jadi Menteri Kewangan dulu apakah angka ini tidak penting kepada beliau?"

"Menurut Bank Dunia yang menyatakan Malaysia Economic Monitor (MEM) mencatatkan Pendapatan Negara Kasar (PNK) per kapita untuk Malaysia dianggarkan mencecah RM39,407 (AS$9,660) pada tahun 2017 menghampiri PNK negara berpendapatan tinggi yang ditakrifkan iaitu melebihi RM49,916 (AS$12,236)".

Daim - "Gabenor Bank Negara tidak boleh dilantik oleh Menteri Kewangan atau Perdana Menteri. Begitu juga Peguam Negara dan Ketua Polis Negara, mereka mesti dilantik oleh Parlimen."

Jawapan - "Sepatutnya ini dilaksanakan semasa dia jadi Menteri Kewangan apatah lagi semasa Mahathir jadi PM selama 22 tahun dulu".

"Mahathir melantik dia sebagai Menteri Kewangan kerana dia bukan orang politik. Tengok kepada Tengku Razaleigh yang akhirnya lawan boss dia. Itu memang tidak penting kepada Daim. Dia hanya memikirkan kekayaan dan perniagaan. Politik hanyalah alat kekayaan kepada beliau."

Daim - "Allah telah bagi anda untuk membuat pilihan, syurga atau neraka, maka antara Barisan Nasional dengan Pakatan Harapan, buatlah pilihan anda sendiri."

Jawapan - "Kalau itu perbandingannya, setujukah Daim, kalau pilih Pakatan Harapan maka nerakalah jawabnya, kerana Lim Kit Siang yang akan jadi PM".

#TolakPolitikTipuRakyat
Loading...
Back To Top