Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Harapan Sambut Tahun Baru Cina Bersama Keluarga

SEPANG: Nelayan dari Sekinchan yang di tahan penguatkuasa maritim Indonesia berharap dapat pulang ke tanah air secepat mungkin untuk menyambut Tahun Baru Cina Bersama keluarga tercinta.

Chian Kee Chan yang menjalani penjara selama dua tahun empat bulan di Penjara Labuhan Deli, Medan, Indonesia di tahan atas kesalahan menggunakan pukat tunda serta menangkap ikan melepasi sempadan perairan Malaysia-Indonesia.

Menurut Ahli Parlimen
Loading...
Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi berkata rundingan secara aman antara Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib dan Presiden Indonesia, Joko Widodo itu telah disepakati di mana pembebasan  nelayan yang menceroboh kedua-dua kawasan perairan negara itu akan dibebaskan tidak lama lagi.

“Atas keputusan pertemuan antara Pak Jokowi dan Dato’ Sri Najib akhirnya pembebasan itu dipersetujui bersama.

“Alhamdulillah beliau (Chian Kee Chan) seberada di penjara sana telah menunjukkan sikap yang  baik sebagai seorang warga negara Malaysia; Beliau turut bekerja di bahagian dapur sebagai tukang masak penjara.

“Beliau mengucapkan terima kasih kepada kedua-dua pemimpin negara di atas usha murni ini; Proses pembebasan mungkin mengambil sedikit masa kerana kita akan mengada ‘government to government’ (G2G) untuk memutuskan tarikh sebenar membawa keluar nelayan yang ditahan”, jelasnya.
Loading...
Back To Top