MIRI: Seorang guru sekolah rendah di sini disiasat polis kerana dipercayai memuat naik satu komen di Facebook yang dikatakan telah menghina umat Islam ketika memberikan komen berkaitan Islam dan Baitulmaqdis.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak, Datuk Dev Kumar berkata setakat ini dua laporan polis dibuat di Kuching dan di Miri selepas komen guru lelaki itu menjadi

Loading...
tular.
"Kami sudah mengenal pasti pemilik akaun Facebook yang menggunakaan nama Raph Binsing dan akan memanggilnya untuk soal siasat,”katanya lapor Bernama.
Menurutnya, polis menyiasat kes tersebut mengikut Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kegusaran terhadap awam dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana mendatangkan khianat awam.
Komen Raph Binsing mengenai Islam dan pengiktirafan Baitulmaqdis oleh Amerika Syarikat sebagai ibu negara baru Israel telah mengundang kemarahan netizen.
Sementara itu, semasa mengakses akaun Facebook itu, didapati pemiliknya telah memohon maaf atas komen itu dan menyatakan rasa kesal kerana menimbulkan kemarahan umat Islam di negara ini termasuk rakan-rakan dan sanak saudaranya.
Pemilik akaun itu juga berkata telah menyerah diri kepada polis.