Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Farid Kamil patut minta pedoman Dr Mahathir mengenai Saiful....

Lihat dua gambar diatas...satu Tun Dr Mahathir Mohamad bersama Saiful Bukhari Azlan dan anaknya yang diambil pada Oktober 2014.

Satu lagi gambar terbaru bekas Perdana Menteri itu bersama pelakon Farid Kamil dan anaknya.

Kedua-dua gambar bersama Saiful dan Farid diambil pejabat Dr Mahathir di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya.

Farid yang kini sudah bergelar 'Datuk' adakan pertemuan baru-baru ini untuk mendengar pesanan Dr Mahathir yang boleh dititipkan buat artis-artis Malaysia.

Dr Mahathir kata manusia harus mengajak manusia lain untuk berbuat kebaikan dan mencegah kemungkaran.

“Artis mempunyai ramai pengikut.Kita kena guna pengaruh itu untuk kebaikan. Dalam al-Quran ada sebut amar makruf nahi mungkar,” kata pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu.

Saiful menerusi laman facebooknya pada 14 Disember lalu beritahu pada pertemuan yang disertai isteri dan anaknya Oktober 2014 itu Dr Mahathir telah menyuarakan simpati beliau kerana
Loading...
menjadi mangsa liwat.

Terbaru semua orang cukup sedia maklum 'perubahan perangai' dan U-turn Dr Mahathir terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang pernah disifatkanya tak layak jadi pemimpin negara kerana kepincangan moral.

Saiful sangat kecewa dengan sikap Dr Mahathir kini.

"Kuasa dan cita-cita telah membutakan matanya pada fakta kes jenayah.Bagaimana seseorang boleh ketepikan prinsip dan makna keadilan kerana desakan matlamat politik,"kata Saiful mengenai perubahan pendirian bekas Perdana Menteri itu.

Melihat pada gambar senario yang hampir sama diatas...apakah orang muda seperti Farid tidak berminat untuk minta pedoman dari bekas Perdana Menteri itu mengenai prinsip keadilan.

Kalau setakat minta titip pesanan untuk artis-artis ...itu biasa sangat.

Ia bukan kes tepi jalan tetapi kes besar yang diputuskan oleh setiap lapisan mahkamah dan pelakunya,Anwar didapati bersalah dan dipenjarakan lima tahun.

Dr Mahathir kini bukan saja peluk cium politik dengan Anwar malah turut sertai desakan bebaskanya.

Apakah harga diri Saiful - sebagai individu dan warganegara - boleh dicampak ke dalam longkang begitu saja.

Bagi Saiful tentu paling menyedihkan ia dilakukan oleh tidak lain tidak bukan Dr Mahathir sendiri.

Apakah suara hati Saiful sampai pada golongan artis yang teruja pada Dr Mahathir seperti Farid.

Harap-harap mereka tak kabur pandangan dan kata...peduli apa aku.
Loading...
Back To Top