SHAH ALAM: Kerusi DUN Anak Bukit, yang menjadi milik PAS sebelum ini, akan menjadi milik Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang akan berlangsung tidak lama lagi.
Pengarah Pilihan Raya PH Kedah, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi berkata, dalam pertandingan yang diramal tiga penjuru, PH mempunyai peluang yang cerah untuk memenangi kerusi berkenaan ekoran senario politik terkini yang mana dakwanya sokongan pengundi lebih menjurus kepada gabungan itu.
"Barisan Nasional (BN) khususnya Umno sudah ramai di kalangan ahlinya pindah ke Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia, PPBM) yang kini sebahagian PH, dan sebahagian penyokong PAS yang dulu bersama Pakatan Rakyat juga kini berpindah (sokongan) kepada PH.
"Jadi pertandingan yang akan berlaku ini adalah lebih kepada pertandingan antara dua gabungan iaitu BN yang juga ada kekuatan, dengan PH yang terdiri daripada gabungan empat parti.
"Sementara PAS pula hanyalah pihak ketiga kerana dia berseorangan. Saingan PH lebih kepada BN. PAS tak jadi saingan pun," katanya kepada Antarapos.
Beliau berkata

Loading...
demikian ketika ditanya sejauh mana peluang PH untuk menewaskan PAS dalam merebut kerusi yang sekian lama menjadi milik parti berkenaan.
Kerusi Anak Bukit kini disandang oleh Datuk Ir Amiruddin Hamzah, yang sudah menyertai PPBM pada Ahad lalu.
Amiruddin, 55, menjadi ADUN Anak Bukit sejak 2002 melalui Pilihan Raya Kecil (PRK) berikutan kematian mantan Presiden PAS, Allahyarham Datuk Fadzil Noor. Beliau mengekalkannya selama tiga penggal.
Pada PRU13, beliau memenangi kerusi itu atas tiket PAS dengan memperoleh undi sebanyak 13,822 menewaskan calon BN, Datuk Hashim Jahaya yang memperoleh 11,016 undi dan juga ADUN Bebas, Abd Samat Che Noh (85 undi).
Dalam pada itu ujar Phahrolrazi, dalam senario politik kini, pertandingan tiga penjuru dilihat tidak lagi memberi kelebihan kepada BN.
"Pada ketika Bersatu (PPBM) belum wujud, memang kita lihat kelebihan ada pada BN. Tapi bila Bersatu (PPBM) wujud, maknanya BN pun berpecah. Maknanya jika dahulu (di Anak Bukit) BN dapat undi 11 ribu, pada kali ini mereka tak akan dapat dah jumlah itu," kata beliau.
Mengulas sama ada Amiruddin akan dikekalkan di Anak Bukit pada PRU14, Phahrolrazi yang juga ADUN Pengkalan Kundor berkata, keputusan itu terletak di tangan parti baru yang disertainya.
Bagaimanapun jelas beliau, setakat ini masih belum ada kata putus mengenai calon PH yang akan bertanding di Anak Bukit.
Phahrolrazi menambah, beliau yakin Amiruddin mempunyai aura dan pengaruh tersendiri yang mampu menarik pengundi di kawasan yang akan ditandinginya kelak.