Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

BNM: MAHATHIR TERNYATA BERSENDIRIAN

ADA beza antara belanja wang untuk mempertahankan matawang secara normal di pasaran matawang antarabangsa, dengan rugi kerana berjudi dalam pasaran matawang dan kemudian menyembunyikan kerugian tersebut dari pengetahuan rakyat.

Yang dikatakan Mahathir Bank Negara Malaysia “rugi” RM 160 billion tu – jika ia betul pun, bukanlah kerugian yang sebenarnya tapi lebih kepada campur tangan biasa bank pusat.  Semua negara pun melakukan ini dan tidak ada apa yang salah dengan perkara itu.

Ringgit jatuh kau bising, kerajaan campur tangan untuk mempertahankan ringgit, pun kau bising jugak. Apa yang kau nak sebenarnya Mahathir?  Itupun, asas Mahathir kata BNM ‘rugi’ ialah dengan membanding kemorosotan nilai rizab antarabangsa, sama seperti dia kata rugi “disini” berdasarkan penurunan nilai “di
Loading...
sana”. Apa benda perbandingan macam tu?

Macam bodoh saja.

Tak hairan dari 4 parti dalam Pakatan, hanya parti Mahathir saja yang bersungguh-sungguh memainkan isu ini, yang lain diam untuk elak nampak bodoh.  Kalau ada skandal yang boleh dipolitikkan, DAP dah lama masuk campur dah tapi sebab DAP tahu ini adalah proses yang biasa, mereka tidak melakukannya, biar Mahathir seorang saja terkontang kanting macam stupid solo comedian.

Stupid solo comedian tahu?  Dia buat lawak, dia jugak yang gelak.

Lagipun, dengan sistem kewangan dunia yang berhubung antara satu sama lain sekarang ini, amat mustahil kalau ‘kerugian’ ini tidak dilaporkan oleh mana-mana badan pemantau kewangan antarabangsa.  IMF, Bank Dunia, Moody, Fitch dan lain-lain, tidak bercakap apa pun tentang isu ini, hanya Mahathir seorang.

Itupun selepas skandal Forexnya 25 tahun dulu diungkit semula.  Gamaknya kalau tak ungkit, Mahathir pun tak akan sentuh isu ini.  Logik ke Mahathir pilih isu 1MDB yang hanya bernilai RM 42 billion bila ada ‘rugi yang lebih besar di BNM mencecah RM 160 billion – kalau perkara ini benar?

Dahlah Mahathir, berhenti membodohkan rakyat.  Kalau nak mengaku lesap RM 32 billion tu, mengaku sajalah.
Loading...
Back To Top