Pemimpin dan ahli UMNO khususnya dingatkan supaya tidak berada dalam keadaan selesa walaupun Barisan Nasional (BN) mempunyai prestasi yang baik dan berada dalam kedudukan yang positif sejak kebelakangan ini.
Ketua UMNO Bahagian Paya Besar, Datuk Seri Abdul Manan Ismail berkata, dengan pengalaman dan gerak kerja bersepadu khususnya dari sahabat dalam kompenan BN di di Paya Besar, BN mampu untuk meneruskan kecemerlangan bukan sahaja di Parlimen tersebut tetapi juga menambah bilangan kerusi secara keseluruhan.
“Namun kita tidak boleh mengambil mudah cabaran pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dengan menggangap

Loading...
semua empat kerusi di Parlimen Paya Besar ini adalah selamat.”
Jelasnya, barisan kepemimpinan, jentera dan ahli UMNO tidak boleh leka dan selesa dengan kejayaan terdahulu jika mahu terus mengekalkan kemenangan pada pilihan raya umum akan datang.
“Sebab itu kita melakukan kerja-kerja parti secara berterusan seolah-olah PRU-14 berlangsung minggu depan, segala kelemahan dalam pilihan raya yang terdahulu, kita telah kenal pasti dan dalam proses memperbaiki kelemahan tersebut,” ujarnya kepada UMNO-Online baru-baru ini.
Empat kerusi dalam kawasan berkenaan yang dikuasai BN ialah Parlimen Paya Besar diwakili Abdul Manan, DUN Lepar diwakili Datuk Shohaimi Jusoh, DUN Panching diwakili Datuk Mohd. Zaili Besar dan DUN Sungai Lembing diwakili Datuk Sohaimi Mohamed Shah.
Dalam masa yang sama, beliau juga mengharapkan agar amanat dari Presiden parti, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada Perhimpunan Agung UMNO tahun lalu akan dijadikan azimat untuk memperkukuhkan perpaduan dan solidariti ahli khususnya dalam menghadapi PRU yang akan datang. – MediaUMNO