RABU lalu, negara digemparkan dengan berita anak saudara kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ditangkap oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Kes itu membabitkan kes melombong pasir tanpa lesen di Sungai Long, Kajang sehingga mengakibatkan anak sungai tertimbus serta tersekat.
Susulan penahanan itu, selebriti terkenal, Azwan Ali dilihat meluahkan rasa kesal dan kecewa berhubung kes berkenaan menerusi beberapa posting di laman Facebook miliknya, baru-baru ini.
Menerusi posting berkenaan juga, Azwan dilihat sempat ‘mencabar’ anak saudaranya yang bernama Mohd Nuzul Fadli Mohd Noriyualsaid merayu pertolongan daripada Azmin untuk dibebaskan daripada tahanan SPRM.
Dalam pada itu, Azwan juga dilihat tidak terlepas daripada melontarkan kata-kata kesat di dalam beberapa buah entri berkenaan.

Loading...
margin-right: 1em;">
Azwan turut menyifatkan penangkapan itu sebagai balasan daripada Tuhan di atas perbuatan keterlaluan anak saudaranya yang tidak menganggap Azwan sebagai bapa saudara ketika majlis perkahwinan Mohd Nuzul Fadli sebelum ini.
Sebelum ini, SPRM telah menahan Nuzul Fadli di kediamannya yang berlokasi di No.35 Jalan Desa Pandan, Kuala Lumpur kira-kira jam 1 tengahari bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah projek lombong pasir dan pelbagai projek di Selangor.
Nuzul Fadli beserta tiga lagi individu yang terdiri daripada dua pengarah syarikat dan seorang pengurus tapak projek telah ditahan bersama sejumlah wang bernilai lebih RM 4 juta.
Bukan itu sahaja, malah SPRM turut membekukan beberapa akaun milik syarikat terbabit dan keempat-empat suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula daripada tarikh penangkapan pada Rabu lepas.
Memetik beberapa sumber, MYNEWSHUB difahamkan Nuzul Fadli atau dikenali sebagai ‘Aboy’ sebenarnya tidak bekerja.
Tetapi, dia dipercayai mampu hidup mewah dan sentiasa bercuti di luar negara hasil wang sogokan yang diperoleh daripada syarikat-syarikat yang mahu mendapatkan projek daripada kerajaan negeri. –MYNEWSHUB.CC