Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Akhirnya... Mahathir calon PM Pakatan

Ingat lagi jeritan ''Mahathir undur'... Mahathir letak jawatan, letak jawatan sekarang' yang dilaungkan oleh penyokong pembangkang yang ironinya menamakan Tun Mahathir Mohamad semula sebagai calon PM mereka.

Tiga daripada empat parti komponen dalam Pakatan Harapan mencadangkan Mahathir dan Datuk Seri Dr Wan Azizah
Loading...
Wan Ismail sebagai perdana menteri interim dan timbalan perdana menteri masing-masing sekiranya mereka memenangi Pilihan Raya Umum ke-14.

Menurut laporan beberapa portal berita tempatan yang merujuk kepada sumber, cadangan tersebut diketengahkan dalam pemukiman pemimpin Harapan pada 1 dan 2 Disember di Putrajaya.

Tiga parti yang dikatakan menerima cadangan tersebut adalah Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), DAP dan juga PAN.

Setakat ini, hanya PKR belum memberi kata putus memandangkan perkara tersebut ingin dibincangkan di peringkat biro politik.

Selain itu, pemukiman Harapan tersebut dihadiri kepimpinan tertinggi dari semua parti komponen turut menetapkan agar pembahagian kerusi dalam PRU 14 diselesaikan menjelang akhir bulan ini.
Loading...
Back To Top