Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

11,502 rakyat miskin dapat subsidi air...

Tidak ramai yang mengetahui penduduk yang dikategorikan miskin di Perak menikmati “air percuma” melalui satu pendekatan proaktif yang dilakukan sebuah syarikat GLC kerajaan negeri,LAP (Lembaga Air Perak).

Menteri Besar Dato Seri Dr.Zambry Abd Kadir berkata  sehingga 28 November lalu, LAP  memberi subsidi air 20 meter padu kepada 11,502 rakyat miskin di negeri ini di samping subsidi kepada 1,953 rumah ibadat.

Beliau yang juga Pengerusi LAP berkata kerajaan akan menimbang memberikan pertimbangan “ sekiranya ada keperluan untuk membuat tambahan, berdasarkan kepada penilaian yang dibuat di setiap kawasan.”

Sebagai contoh LAP juga katanya mengambil bahagian secara aktif di dalam Program Permukiman Menteri Besar dengan pelaksanaan 33 projek yang memberi manfaat kepada 166 buah rumah dan sebuah sekolah agama.

Kepada usaha LAP ini beliau melahirkan rasa berbangga serta pada masa sama mengucapkan terima kasih dengan keprihatinan GLC negeri ini.

Sementara itu Dr.Zambry juga mengumumkan dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat lembaga pengarah LAP di Ipoh siang tadi (Isnin) berita gembira yang dicatat LAP.

Katanya Jabatan Akauntan Negara telah menganugerahkan LAP dengan Sijil Pematuhan
Loading...
Sistem Perakauan Standard Bagi Agensi Kerajaan (SAGA) 2017. Ia merupakan negeri pertama di negara ini menerima anugerah ini.

Majlis penyerahan anugerah dibuat dalam satu majlis di Pulau Pinang pada 22 November lalu.

Untuk rekod  SAGA merupakan satu sistem perakaunan kerajaan yang memenuhi keperluan prinsip perakaunan semasa (GAAP).

“LAP berjaya menguruskan akaun dan juga tidak berada di dalam keadaan hutang yang serius serta pengurusan kewangan yang baik,” katanya.

Dalam perkembangan sama Menteri Besar mendedahkan dua buah syarikat yang didapati mencuri air di Perak telah dihadapkan ke mahkamah.

LAP didakwa kehilangan pendapatan yang banyak setiap bulan akibat perbuatan tidak bertanggungjawab ini. Anggarannya lebih RM100,000.

Selain dari itu LAP kini turut terlibat menyiasat  beberapa lagi kes kecurian air.

“ Yang ini kita tidak akan bertolak ansur kerana mereka bertindak dengan cara yang tidak baik, malah menghalang pekerja LAP dan sebagainya, pihak LAP akan bertindak tegas.”

Menurut  Dr Zambry lagi yang mengeciwakan perbuatan mencuri air ini  melibatkan beberapa buah syarikat besar seperti kilang ais, ladang ayam haram dan syarikat pembinaan.

Secara tidak langsung katanya ini menjejaskan sumber pendapatan LAP selain menafikan hak orang lain di kawasan berkenaan untuk mendapatkan sumber air yang bersih. Dan ada kes di tempat tertentu yang mengalami tekanan air rendah.

Menurut Menteri Besar, LAP turut bekerjasama dengan  Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) bagi tujuan mengesan dan mengekang kes-kes kecurian air. Dalam hal ini kerajaan nereri tidak akan berkompromi dengan “pencuri air ini.
Loading...
Back To Top