Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Yeop Adlan beralih dari PAS kepada DAP....Percayai DAP lagi Daripada Politik Melayu Sendiri

Bekas diplomat,  Datuk Yeop Adlan Che Rose hari ini diumumkan menyertai DAP, yang mana mengikut jejak langkah bapanya menyertai parti pembangkang itu sebelum ini.

Penyertaan Yeop Adlan ke dalam DAP diumumkan Penasihatnya, Lim Kit Siang.

Yeop Adlan mendakwa tindakan itu ekoran merasakan dua parti berteraskan kaum Melayu di negara ini gagal membela nasib kaum berkenaan.

Yeop Adlan sebelum ini berkhidmat selama 28 tahun di dalam kerajaan dengan memegang pelbagai jawatan dan bersara secara pilihan pada tahun 1995.

Beliau kemudiannya menyertai PAS pada 2003.

"(Saya tinggalkan PAS) kerana pada waktu itu persoalan yang utama adalah kedudukan orang Melayu, bagaimana hendak membela nasib orang Melayu. Umno jelas tidak boleh buat, mereka tidak berjaya.

"Kemudian mungkin saya merasakan boleh mencari jalan melalui kemurniaan agama. Namun jelas juga PAS pun tidak terbuat, mereka gagal juga," kata Yeop Adlan.

Yeop Adlan juga mengesahkan masih ahli PAS namun tidak aktif, bagaimanapun akan menghantar surat keluar parti secepat yang mungkin.

"Jika begitu saya akan selesaikan perkara ini secepat mungkin. Namun saya bukan ahli yang aktif, saya tidak berhubungan langsung dengan mereka, begitu juga
Loading...
mereka," ujarnya.

Ketika menjadi ahli PAS, Yeop Adlan juga pernah dipinjamkan ke PKR sebagai Ahli Majlis Tertinggi Pusat pada tahun 2006 sehingga 2008.

Beliau pernah bertanding di kerusi Parlimen Hulu Langat pada Pilihan Raya Umum tahun 2004 sebagai calon PAS namun kalah kepada calon Barisan Nasional (BN).

Yeop Adlan juga berkata tindakan menyertai DAP sepatutnya dilakukan lebih awal, sebagai mengikuti jejak langkah bapanya, Allahyarham Che Rose Abdullah yang juga antara ahli Melayu terawal parti tersebut.

"Sudah tentu saya seperti pulang ke rumah hari ini. Saya patut pulang lebih awal," katanya.

Bekas duta Malaysia ke Sepanyol dan Mexico itu mendakwa memilih DAP sebagai wadah politik yang baru atas urus tadbir parti itu di Pulau Pinang, sekaligus sebagai usaha membantu kemenangan parti itu pada pilihan raya yang akan datang.

"DAP telah menunjukkan mereka boleh berjaya di Pulau Pinang. Selama dua penggal mereka membentuk sebuah kerajaan yang bersih, cekap dan amanah, ini yang kita mahukan.

"Jika mereka berjaya lakukan di Pulau Pinang, mengapa tidak di seluruh negara?," katanya.

 Sementara itu Kit Siang menyifatkan Yeop Adlan 'mengulangi' sejarah bapanya yang juga bekas calon DAP di DUN Alor Pongsu, Perak pada pilihan raya umum 1974.

"Yeop Adlan mengikuti jejak langkah bapanya untuk menjadikan konsep 'Malaysian for all Malaysians' sebagai langkah pemula kepada Impian Malaysia," ujar Ahli Parlimen Gelang Patah itu.

Ditanya apakah ada jawatan tertentu akan diberikan kepada Yeop Adlan, parti itu hanya berkata ia akan memberi laluan kepada pemilihan semula Jawatankuasa Pusat (CEC) yang akan berlangsung Ahad ini.
Loading...
Back To Top