Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

TUA TUA LAGI MASIH NAK HINA LAGI!!!!! DEWAN DI-RAJA SELANGOR MINTA MAHATHIR DISIASAT ISU HINA BUGIS

Sultan Sharafuddin Idris Shah kecewa dengan petikan ucapan Tun Dr Mahathir Mohamad pada perhimpunan pembangkang di Petaling Jaya, 14 Oktober lalu, yang disifatkan baginda cuba menghasut rakyat untuk membenci, menghina dan memandang serong terhadap bangsa Bugis.

Menerusi kenyataan dikeluarkan Dewan di-Raja Selangor dan ditandatangani Setiausaha dewan itu, Hanafisah Jais, Sultan Selangor selepas berbincang dengan ahli Dewan, menganggap ucapan terbabit amat keterlaluan hingga boleh mencetuskan kekecohan dan huru-hara, lapor Berita Harian.

Justeru, Majlis Dewan di-Raja Selangor berpandangan satu siasatan dan tindakan undang-undang mengikut Akta Hasutan 1948 atau mana-mana undang-undang berkaitan wajar diambil terhadap Dr Mahathir.

Berikut, kenyataan penuh yang dikeluarkan Dewan di-Raja Selangor.

Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor setelah berbincang dengan Ahli-ahli Majlis Dewan di-Raja Selangor pada 2 November 2017 memandang serius, murka dan amat kecewa dengan petikan
Loading...
ucapan Tun Dr Mahathir Mohamad di Himpunan Sayangi Malaysia – Hapuskan Kleptokrasi yang berlangsung di Padang Timur, Petaling Jaya pada 14 Oktober 2017, yang dilihat cuba menghasut rakyat Malaysia untuk membenci, menghina dan memandang serong terhadap bangsa Bugis.

Berdasarkan kepada rakaman klip video ucapan berkenaan yang telah tular di media sosial, tohmahan dan kenyataan Tun Dr Mahathir itu jelas menghina dan menggolongkan bangsa Bugis ini kononnya berasal usul dari golongan lanun, perompak dan penjenayah.

Ahli-ahli Dewan di-Raja Selangor menganggap ucapan berkenaan amatlah keterlaluan dan boleh mencetuskan perasaan benci dan prasangka buruk rakyat terhadap bangsa Bugis sehingga boleh mencetuskan kekecohan dan huru-hara.

Tohmahan ini secara tidak langsung menghina salasiah dan keturunan Kesultanan Selangor yang berasal dari Bugis.

Fakta sejarah membuktikan Kesultanan Selangor berketurunan Bugis merupakan pahlawan yang memperjuangkan dan mempertahankan agama dan keamanan di seluruh kepulauan Melayu Nusantara.

Tun Dr Mahathir sebagai seorang bekas Perdana Menteri yang menerajui pemerintahan Negara selama tempoh 22 tahun seharusnya lebih berhati-hati di dalam mengeluarkan sebarang kenyataan dan seharusnya juga lebih mengetahui tentang fakta sejarah keturunan bangsa Bugis.

Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor juga mengingatkan kepada semua pihak terutama orang-orang politik untuk tidak mempersendakan isu bangsa dan keturunan sebagai modal politik kerana ianya boleh menggugat keharmonian dan perpaduan rakyat Negara ini.

Ahli-ahli Dewan di-Raja Selangor menjunjung segala titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku berkaitan dengan isu ini dan berpandangan agar satu siasatan dan tindakan undang-undang di bawah Akta Hasutan 1948 atau apa jua undang-undang berkaitan wajar diambil ke atas Tun Dr Mahathir.
Loading...
Back To Top