Baru - baru ini, dua pelajar tingkatan satu telah lemas dihanyutkan arus deras selepas terjatuh ketika melalui tepi longkang di belakang sekolah menengah mereka di Taman Yarl, Seputeh, Kuala Lumpur.
2. Menyedari bahawa satu insiden yang serius telah berlaku, pemimpin masyarkat Yang Berhormat Senator Datuk Mustapa Kamal, yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Seputeh telah bergegas turun ke kawasan kejadian untuk sama - sama membantu semua agensi yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat.
3. Bukan itu sahaja, YB Senator Datuk Mustapa Kamal juga telah berusaha menyediakan segala keperluan agensi - agensi yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat seperti memastikan keperluan makan dan minum mereka sentiasa mencukupi. YB Datuk Mustapa Kamal juga, melalui jawatan beliau sebagai Ahli Lembaga Penasihat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah meminta bantuan DBKL dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa yang telah lemas.
4. Pada masa yang sama, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor juga telah mengambil masa dari jadual beliau untuk turun sendiri melihat kawasan operasi menyelamat bagi memastikan segala kelengkapan dan keperluan pihak agensi disediakan dan dijaga dengan baik. Malah Yang Berhormat Menteri juga telah menunjukkan keprihatinan beliau apabila beliau telah melawat rumah keluarga mangsa bagi memberi kata - kata semangat dan berjanji bahawa pihak kerajaan akan menggunakan segala sumber yang ada bagi mencari anak - anak mangsa lemas

Loading...
ini.
5. Dalam tempoh masa segala persediaan dan operasi sedang berlangsung untuk mencari mangsa, tiba - tiba muncul Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok dan seperti biasa apabila ahli politik pembangkang turun ke mana- mana kawasan pertama sekali mereka akan bergambar dan kemudian "upload" gambar tersebut di media sosial. Seolah - olah mereka lah yang telah melakukan segala - galanya.
6. Ini semua adalah taktik Teresa Kok untuk memberikan persepsi bahawa beliau turun ke padang dan berada di kawasan operasi. Namun hakikatnya beliau datang tidak sampai pun 2 jam dan selepas ambil gambar bersama keluarga mangsa beliau terus beredar. Bahkan tidak ada seorang pun ahli DAP Seputeh yang membantu di kawasan operasi atau pun menyediakan makanan serta minuman kepada anggota agensi. Mereka terus hilang begitu sahaja selepas bergambar.
7. Namun YB Senator Datuk Mustapa Kamal, agensi - agensi berkuasa termasuk ahli - ahli UMNO Seputeh sendiri sentiasa berada di kawasan operasi untuk memberikan apa sahaja bantuan yang diperlukan. Alhamdulilah hasil usaha semua agensi yang terlibat mayat dua pelajar tersebut telah ditemui. Kedua-dua mangsa Mohammad Shafiq Akmal Amran dan Rafiuddin Fakhrullah Ridzuan, masing-masing berusia 13 tahun, ditemui pada jam 7.40 dan 8.03 pagi tadi.
8. Akhir sekali YB Senator Datuk Mustapa Kamal juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat antaranya pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, serta orang ramai yang tidak kenal erti penat lelah dan bertungkus - lumus mencari kedua - dua mangsa. Terima Kasih.
9. Kepada Teresa Kok yang juga Ahli Parlimen Seputeh, sudah - sudah lah mencari publisiti murahan. Rakyat Seputeh sudah pandai menilai dan tahu segala "taktik" anda yang hanya pandai "punch card" dan menggunakan media sosial untuk memberikan persepsi anda membuat kerja tetapi sebenarnya tidak.