Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

SIASATAN LIWAT : ADAKAH MAHATHIR AKAN SALAHKAN BEKAS KETUA POLIS NEGARA TAN SRI MUSA HASSAN?

Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) Ramesh Rao hari ini mempersoalkan jawapan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa beliau tidak terlibat dalam mengarahkan pihak polis menyiasat penglibatan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sama ada terlibat dalam kes liwat atau sebaliknya.

Dalam satu kenyataan media, beliau turut bertanya kepada Mahathir adakah beliau akan menyalahkan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dalam perkara itu kerana Musa adalah Pegawai Penyiasat (IO) kes liwat berkenaan pada tahun 1998.

“Adakah Mahathir akan salahkan bekas Ketua Polis, Tan Sri Musa Hassan dalam isu liwat terhadap Anwar??

“Sejak kebelakangan ini, Mahathir dilihat kerap salahkan orang lain,” kata Ramesh dalam kenyataan berkenaan.

Ramesh berkata beliau curiga dengan jawapan Mahathir kerana sebagai Perdana Menteri pada masa itu, sudah ada ura-rua bahawa Anwar yang merupakan Timbalan Perdana Menteri cuba merancang sesuatu untuk menjatuhkan Mahathir dalam pemilihan UMNO dengan bertanding jawatan Presiden pada ketika itu.

Mahathir sebagai seorang pemimpin ketika itu sudah pasti bimbang jawatan berkenaan akan terlepas sekaligus terpaksa meletakkan
Loading...
jawatan sebagai Perdana Menteri, katanya.

“Mustahil Mahathir tidak memulakan sesuatu untuk menyiasat Anwar untuk digunakan menghalang rancangan Anwar menjatuhkannya kerana pada masa itu, sokongan kepada Anwar sudah semakin meningkat.

“Adakah Mahathir sengaja mahu lepas tangan di saat-saat PRU ke-14 semakin hampir dan mahu terlepas daripada dituduh sebagai dalang yang mula-mula arahkan Anwar disiasat untuk perbuatan meliwat,” kata Ramesh.

Beliau turut memohon kepada Musa untuk memberikan maklum balas menjawab kenyataan Mahathir tentang perkara sebenarnya yang berlaku dalam hal siasatan kes liwat ini.

“Bekas IGP, Tan Sri Musa perlu jawab, pernahkah Mahathir arah polis,” katanya.

Dalam jawapan Mahathir dalam satu program bersama anak muda di Petaling Jaya itu Mahathir berkata beliau berfikir bahawa pihak polis yang cuba menjejaskan reputasi politik Anwar, dan beliau kata beliau tidak arahkan polis untuk ambil tindakan.

“Saya fikir polis cuba untuk menjejaskan beliau. Beliau timbalan saya, saya tidak arahkan polis untuk ambil tindakan.

“Tetapi kemudian saya mendapat surat dari adik perempuan (Datuk Seri) Azmin Ali (timbalan presiden PKR) yang saya tidak endahkan tetapi polis memberikan laporan teliti.

“Saya mahu mewawancara orang-orang tersebut dan mereka bersetuju bahawa perkara itu berlaku.

“Selepas itu saya bertanya apa yang kita semua perlu buat. Parti memutuskan bahawa beliau tidak lagi layak berada di dalam parti atau selaku Timbalan Perdana Menteri.

“Tetapi melangkaui tindakan polis ketika itu, saya tidak terlibat dalam tindakan polis tetapi mestilah kamu tidak percaya,” kata Mahathir.
Loading...
Back To Top