Loading...
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) kini bermasalah. Mesyuarat Agung Tahunannya (AGM) tidak boleh dilakukan disebabkan oleh struktr organisasi parti itu yang tidak teratur dan lemah.
Disebabkan gagal mengadakan AGM, PPBM yang ditubuhkan pada September tahun lepas kini berdepan dengan risiko hilang kelayakan menyertai Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14). Semalam Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS), Surayati Ibrahim berkata, parti berkenaan didapati melanggar perlembagaan parti dan Akta Pertubuhan 1966 kerana kegagalannya mengadakan AGM dalam tempoh sepatutnya.
Ini kerana PPBM yang pertubuhannya telah diluluskan lebih setahun lalu sepatutnya selesai mengadakan AGM dalam tempoh berkenaan, namun apa yang berlaku adalah sebaliknya.
Semasa penubuhan PPBM dulu, iaitu kira-kira setahun yang lepas, Syed Saddiq dengan bangganya memberitahu bahawa sambutan terhadap parti itu amat menggalakkan, malah ada individu tidak dikenali menghampirinya bagi meminta borang keahlian.
Malah kata Syed Saddiq, cermin keretanya diketuk ketika beliau berhenti di sebuah restoran di Putrajaya dan individu itu bertanyakan namanya bagi mendapatkan pengesahan untuk meminta borang pendaftaran.
Kini, mana perginya orang yang ketuk cermin untuk meminta borang pendaftaran ahli PPBM itu? Dua bulan selepas itu, laporan MalaysiaKini bertarikh 4 Oktober 2016 pula melaporkan Syed Saddiq akan mengumumkan jumlah keahlian Parti Bersatu Pribumi.
Berita itu kemudiannya tersebar meluas di semua portal berita. Tapi hingga setahun, tiada pula pengumuman dibuat oleh Syed Saddiq. PPBM yang tidak diketahui jumlah anggota itu hanya mempunyai satu matlamat iaitu untuk menyingkirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ia tidak mempunyai matlamat lain yang lebih jelas malah pemimpin atasanya adalah mereka yang kecewa dengan UMNO. Sebab itu PPBM ditubuhkan.
Dengan pengasasnya sudah keluar parti termasuk bekas ahli majlis tertinggi parti, Kamarulazman Habibur Rahman, Naib presidennya, Datuk Hamidah Othman dan bekas Ketua Srikandi Anina Saadudin maka jelas menunjukkkan PPBM kini diambang kehancuran.
Orang yang mengasaskannya pun sudah keluar parti, maka tidak lama lagi, makin ramai yang akan keluar. PPBM hanya menunggu masa untuk rebah.