Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

SELEPAS DEDAH TUN M LARANG PAKAI TUDUNG, SITI HASMAH DEDAH PULA SOKONG ‘KONDOM SYED SADDIQ’

APA nak jadi dengan isteri Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia(PPBM) Tun Siti Hasmah Mohd Ali. Hari ini saja beliau mengeluarkan dua kenyataan yang menguris hati orang Melayu yang beragama Islam.

Beliau mendedahkan bahawa dirinya tidak bertudung kerana dilarang suaminya Tun Dr Mahathir Mohamad. Dan hari ini juga beliau mempertahankan komen Ketua Pemuda PPBM Syed Saddiq Abdul Rahman mengenai seks selamat dan pendidikan seks dalam kalangan remaja.
Siti Hasmah kini sudah berumur 92 tahun maka tindakan beliau mengeluarkan kenyataan tersebut dilihat amat tidak bertanggungjawab. Malah ramai yang mempertikaikan sejauh mana beliau berpegang kepada ajaran Islam.

Baru-baru ini Syed Saddiq dikecam oleh seluruh
Loading...
rakyat Malaysia berkenaan komen beliau di Twitter. Beliau dilihat sebagai lari dari ajaran Islam apabila menggalakkan penggunaan kondom atas alasan amalan seks selamat untuk mencegah pembuangan bayi dan penyakit kelamin.

Sepatutnya sebagai seorang yang beragama Islam, Siti Hasmah dan Syed Saddiq tidak menyokong sebarang amalan seks bebas memandangkan ianya satu dosa besar yang dilarang sama sekali.

Siti Hasmah Ali sanggup menggunakan alasan kononnya masyarakat harus meneliti apa yang dikatakan Syed Saddiq kerana isu itu sentiasa diperbesar-besarkan apabila dibincangkan. Isu seks bebas bukan isu kecil.

Adakah Siti Hasmah tidak tahu bahawa ianya dosa besar? Adakah Syed Saddiq tidak tahu bahawa zina adalah dosa besar? Adakah semua perkara tersebut menjadi kecil sejak mereka bekerjasama dengan parti DAP? Jika benar, maka umat Islam kini berada dalam bahaya.

Tindakan menghalalkan yang haram atas kepentingan politik bukanlah perkara yang boleh diterima oleh rakyat Malaysia yang majoritinya terdiri daripada orang Melayu yang beragama Islam.

Siti Hasmah menggunakan alasan pendidikan seks penting kerana maklumat tentang seks sudah tersedia di internet sekarang. Tidakkah beliau tahu bahawa kita bertanggungjawab untuk mengajar remaja mengenai halal haram penzinaan bukannya menghalalkan zina dengan mengamalkan seks bebas yang selamat?

Selagi remaja Islam tidak terjebak dengan seks bebas maka semua penyakit kelamin seperti gonorea, sifilis dan HIV tidak menjadi ancaman langsung. Malah isu pembuangan bayi juga tidak timbul. – MYKMU.NET
Loading...
Back To Top