Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Rafizi kantoi menipu lagi...Apa Tidak Kerja Nak Menipu Minda Orang Ramai Saja

Sudah berkali-kali Naib Presiden PKR Rafizi Ramli ini didedahkan menipu orang ramai dalam usaha memburukkan syarikat-syarikat GLC mahupun kerajaan itu sendiri.

Bahkan beliau mempunyai deretan kes saman kerana itu. Tapi hatinya kering, orang kata buka mulut saja terus mengelirukan rakyat.

Yang terbaru Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) menafikan tuduhan Ahli Parlimen Pandan itu kononnya FIC ditipu dalam pembelian sebidang tanah di Empire Way, Wembley, London bernilai 34 juta Pound (RM190.66 juta).

FIC dalam satu kenyataan malam tadi berkata, wang berkenaan termasuk cukai dikenakan adalah untuk pembayaran dua bidang tanah dan bukan sebidang saja seperti didakwa Naib Presiden PKR itu yang disiarkan dalam laman webnya.

Naib Presiden PKR itu hanya menunjukkan satu dokumen saja, yang
Loading...
mendakwa harga sebidang tanah di Dexion House dan Howerine House berjumlah 20 juta Pound (RM112.127 juta).

Rafizi kemudian mendakwa FIC sekali lagi ditipu dengan nilai wang berjumlah 14 juta Pound (RM78.50 juta) apabila mendapati harga tanah berkenaan direkodkan sebagai 34 juta Pound (RM190.66 juta) dalam Penyata Kewangan FIC bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2014 yang diaudit.

FIC menegaskan, kenyataan dibuat pada 22 Oktober dan 24 Oktober bahawa dua syarikat British Virgin Islands (BVI) iaitu FIC London Hotel (Private) Limited (FLH) dan FIC Global Limited (FGL), termasuk hartanah hak milik masing-masing iaitu The Park City Grand Plaza Kensington, Felda House dan Grand Felda House, kesemuanya adalah hak milik FIC sepenuhnya.

Ahli Lembaga Pengarah FIC yang baharu dilantik ingin memberi jaminan kepada orang ramai akan komitmen untuk menaik taraf aktiviti perniagaan dan proses urus tadbir korporat FIC.

FIC menjelaskan, Rafizi membuat pelbagai dakwaan yang tidak tepat dan mengelirukan ketika beliau mengadakan kenyataan menerusi laman web pada 26 Oktober lalu.

Ini dianggap sebagai satu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan FIC kecewa berikutan beberapa kenyataan Rafizi yang dibuat tanpa memastikan ketepatannya terlebih dahulu.
Loading...
Back To Top