Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Polis siasat Ambiga selepas dikaitkan sebagai sumber maklumat Clare

SHAH ALAM: Bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia Datuk Ambiga Sreenevasan, disiasat polis di bawah Kanun Keseksaan kerana mendatangkan khianat awam bersabit saman fitnah yang difailkan oleh PAS terhadap Pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown.

Siasatan itu atas dakwaan bahawa Ambiga menyalurkan maklumat kepada Rewcastle-Brown kononnya Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menerima sejumlah wang yang besar daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Rewcastle-Brown dalam pernyataan pembelaannya terhadap saman fitnah yang difailkan Abdul Hadi sebelum ini menamakan Ambiga sebagai sumber maklumatnya dalam pengeluaran artikel bertajuk 'As Najib denies all over 1MDB let's not forget his many other criminal connections'.

Artikel itu disiarkan menerusi portal Sarawak Report pada 6 Ogos 2016, yang
Loading...
mendakwa PAS menerima dana berjumlah RM90 juta sebagai habuan menyokong Barisan Nasional (BN).

Memetik laporan The Malaysian Insight, difahamkan polis telah memulakan siasatan selepas satu laporan polis dibuat oleh Pengerusi Gerakan Akar Umbi Umno, Zulkarnain Mahdar di balai polis Sri Petaling pada 1 November lepas.

Ketua Polis Negara, Mohamad Fuzi Harun mengesahkan siasatan sedang dijalankan terhadap Ambiga.

Ambiga disiasat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1988 kerana mendatangkan khianat awam.

Seksyen berkenaan memperuntukkan kesalahan kerana membuat, menerbitkan atau mengedarkan apa-apa kenyataan, khabar angin atau berita dengan niat hendak menyebabkan, atau yang mungkin menyebabkan, ketakutan atau kegentaran kepada awam, atau kepada mana-mana golongan awam supaya oleh yang demikian itu seseorang mungkin terdorong melakukan sesuatu kesalahan terhadap negara atau terhadap ketenteraman.

Sekiranya sabit kesalahan, seseorang itu boleh dihukum penjara sehingga dua tahun, atau denda, atau kedua-duanya.

Ambiga sehingga kini enggan mengulas dakwaan beliau adalah sumber maklumat Rewcastle-Brown, sambil menambah kes itu sedang berjalan di mahkamah di United Kingdom.
Loading...
Back To Top