Pendaftar Pertubuhan (RoS) belum meluluskan permohonan pendaftaran Pakatan Harapan (PH) sebagai gabungan parti politik disebabkan masalah dalaman dua parti komponennya, DAP dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Dalam Negeri

Loading...
(KDN) dalam pertemuan yang berlangsung dengan pemimpin utama gabungan berkenaan sebentar tadi.
DAP sebelum ini dibelit masalah pemilihan semula Jawatankuasa Esekutif Pusat (CEC) sementara PPBM berdepan risiko dibubarkan berikutan gagal mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) selepas setahun ditubuhkan.
“Mereka dengar rintihan kami. Kami mahu supaya parti campuran ini didaftar secepat mungkin kerana kita memerlukan masa untuk buat persediaan untuk pilihan raya umum (PRU).
“Kalau diberi keputusan seminggu sebelum atau dua minggu sebelum, tidak mencukupi.
“Jadi nampak pegawai faham dan mereka menyatakan bahawa sebab yang mereka lambat beritahu kami ialah kerana ada masalah dengan PPBM dan DAP,” katanya kepada pemberita di perkarangan kompleks KDN sebentar tadi.