Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

PEMILIHAN SEMULA CEC : HANYA 53.94 PERATUS PERWAKILAN DAP HADIR BERI SOKONGAN

Sebanyak 1,356 atau 53.94 peratus daripada 2,514 orang perwakilan DAP yang layak mengundi hadir dalam pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu yang berlangsung di Pusat Konvensyen Ideal Shah Alam (IDCC), di sini hari ini.

Jumlah tersebut diumumkan oleh seorang wakil dari firma perunding Grant Thornton yang mana beliau turut memaklumkan berlaku kemerosotan kehadiran yang tinggi berbanding 1,725 perwakilan yang mengundi dalam pemilihan semula CEC DAP pada 2013.

“Perwakilan yang layak mengundi dalam CEC kali ini juga
Loading...
berkurang daripada 2,576 kepada 2,514. Ini berikutan seramai 62 perwakilan tidak layak mengundi kerana keluar parti, meninggal dunia dan diisytihar muflis,” katanya.

Menurut pengumuman itu, calon yang bertanding dalam pemilihan semula CEC pada tahun ini turut menurun daripada 68 calon kepada 62 calon.“Ini berikutan terdapat lima calon yang telah keluar parti manakala seorang calon pula telah meninggal dunia,” jelasnya.

Pada 17 April 2013, Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengeluarkan notis arahan melarang DAP daripada membuat sebarang keputusan, susulan pemilihan CEC parti itu pada 15 Disember 2012 yang didakwa wujud penyelewengan apabila berlaku kesilapan pengiraan undi, selain gagal memberi notis kepada 753 perwakilan sah dan layak mengundi.Berikutan itu, keputusan pemilihan semula yang diadakan 2013 tidak dapat diterima berikutan DAP menggunakan senarai perwakilan 2012 yang dipertikaikan banyak pihak.

Keputusan pemilihan CEC dijangka akan diperoleh pada pukul 6 petang ini.
Loading...
Back To Top