Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

‘HARAMKAN’ UTUSAN, BH: AZMIN IKUTLAH AKAL FIKIRAN

Arahan pemberhentian langganan akhbar di bawah Kumpulan Utusan dan Berita Harian memperlihatkan kerajaan PKR Selangor mempunyai pemikiran yang jumud.

Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, tindakan tersebut mengambarkan seolah-olah kerajaan PKR Selangor pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali takut dengan peranan akhbar arus perdana berkenaan.

Sedangkan, kata beliau, akhbar-akhbar tersebut bukan hanya menyiarkan berita secara langsung kepada rakyat tetapi memaparkan berita terkini tentang apa yang berlaku di dalam dan luar
Loading...
negara.

“Perkara ini saya rasa seperti tidak matang oleh Menteri Besar di Selangor. Saya harap mereka mempertimbangkan semula kerana Utusan Malaysia dan Berita Harian harus ada jualan dan lain-lain.

“Saya berharap Mohamed Azmin tidak bersikap mengikut hati tetapi ikutlah akal fikiran,” katanya selepas Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Umum Ke-14 Puteri UMNO negeri yang disempurnakan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Adnan Yaakob di sini hari ini.

Yang hadir sama Naib Ketua Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan dan Ketua Puteri UMNO negeri, Azlina Azma Mohd. Azmi.

Semalam, Utusan Malaysia melaporkan tindakan kerajaan negeri Selangor yang sekali lagi mengeluarkan arahan kepada semua jabatan, agensi dan anak-anak syarikatnya supaya menghentikan langganan akhbar Utusan dan Berita Harian berkuat kuasa serta merta.

Arahan itu dikeluarkan menerusi surat pekeliling bertarikh 9 November yang ditandatangani oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Mohd. Amin Ahmad Ahya. 
Loading...
Back To Top