Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Pembangkang diarah pelekeh pemimpin utama BN Perak

Bimbang dengan populariti BN kini,  Pakatan Harapan (PH) khususnya di negei Perak telahpun diarahkan untuk memperlekehkan pemimpin utama Barisan Nasional negeri itu Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.

``Mereka (pembangkang) nampak apa yang dibuat oleh MB, mereka susah hati, MB kutip sampahpun, dia susah hati, apa saja MB lakukan menjadi ketakutan dan kebimbangan.

``Sebab orang tahu jenama Zambry sekarang sudah diterima baik oleh rakyat negeri Perak, maka itulah kebimbangan yang paling utama.

``Sebab kalau sudah jatuh, dengan sendirinya mereka dapat menurunkan sokongan rakyat kepada team  Dr Zambry’’ kata Exco Kerajaan Negeri, Datuk Saarani Mohamed kepada pemberita di bilik media Bangunan Perak Darul Ridzuan pada Isnin.

Saarani turut menjelaskan pada sidang media itu bahawa beliau diberi peluang sebagai penggulung terakhir perbahasan Bajet 2018 negeri Perak sebelum Menteri Besar membuat penggulungan.

``Kita ada pengagihan tugas dimana tidak semua yang dibangkitkan itu akan sempat dijawab oleh Menteri Besar, saya juga  diminta bantu jawab beberapa isu yang dibangkitkan  kerana MB beri tumpuan kepada beberapa isu lain.

``Di antaranya mengenai dakwaan Pengerusi Parti PAN,(Asmuni Awi) kata MB bayar RM381,000 kepada Brandlaureate untuk anugerah itu.

``MB sudah jawab secara rasmi melalui media malah Brandlaureate telah jelaskan tidak benar, jadi adalah salah bila ADUN Changkat Jering membawa isu  yang sama dalam Dewan sedangkan pada waktu yang sama mereka telahpun membuat laporan polis dan SPRM.

``Sepatutnya kita membiarkan polis dan SPRM membuat siasatan dan dapatan daripada polis dan SPRM... itulah yang sepatutnya ditunggu oleh parti PAN tapi kalau dibawa dalam dewan dan saya tidak mengambil bahagian untuk  jelaskan maka ia seolah-olah  tuduhan itu benar dan kita akan dituduh cuba lari daripada menjawab isu.

``Maka sebab itu saya mengambil bahagian (menjawab) walaupun  MB Inc itu dibawah portolio Datuk Zahir tapi beliau sudah memberikan saya tugas ini, jadi saya  mengambil peluang untuk menjelaskan tentang  isu Brandlaureate,’’ jelasnya.

Saarani berkata``Saya menarik perhatian Dewan tadi ..saya katakan
Loading...
YAB MB tidak membayar sebab MB bukan terima satu anugerah saja…saya dah sebut MB terima lebih daripada 5 ke 6 anugerah dalam tempoh perkhidmatannya  sebagai MB daripada 2009 sampai sekarang

“dan juga pengiktirafan daripada universiti-universiti, organisasi luar Negara untuk dia sampaikan talk tentang ekonomi…tentang pentadbiran …itu satu pengiktirafan kepada seorang MB bagi negeri Perak.

``Jadi mengapa kita nak memperkecilkan anugerah yang MB dapat sebagai seorang anak Perak.. kita kena berbangga  dengan pencapaian dan pengiktirafan yang  diperolehi oleh MB...so sepatutnya tak timbul sebab memang kita tak bayar.”

Beliau yang juga Ketua UMNO bahagian Lenggong menambah lagi:``Dan satu perkara tak cantiknya kita telah perkecilkan  organisasi Brandlaureate itu internasional punya pengiktirafan ..itu dia tak tahan telinga sebab dia nampak macam saya sudah tengah pertahankan MB (merujuk kepada ADUN DAP).

``Sudah tentu saya pertahankan MB saya..takkan saya nak biarkan MB bersendirian untuk pertahankan diri..tak cantiklah..let me do it on behalf of him,”katanya.

Sementara itu gara-gara tidak mematuhi Perintah Tetap 44(2) Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan, Dewan Undangan Perak Darul Ridzuan, ADUN Pasir Pinji dari DAP, Howard Lee Chuan How di arah keluar Dewan oleh Speaker, Datuk S. Thangeswari.

Menurut Thangeswari, Howard Lee tidak menghormati dan mengikut arahannya serta menimbulkan kekecohan.

Katanya, walaupun perkara itu dilaporkan di dalam beberapa akhbar berbahasa Cina pada Sabtu tetapi ia tidak tercatat di dalam hansard.

Howard  bertindak  demikian setelah usulnya  supaya ADUN Slim, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana didakwa mengeluarkan kata-kata kesat kepadanya ketika sesi  perbahasan 24 November lalu.

Tindakan Speaker menolak usul itu menyebabkan timbul rasa tidak puas hati Howard Lee dan beberapa wakil rakyat pembangkang.

Dewan menjadi kecoh hampir setengah jam apabila berlaku berbalas hujah  antara wakil-wakil pembangkang dengan wakil kerajaan dan Speaker Dewan.

Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor negeri, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid telah mengusulkan Perintah-Perintah Tetap 44 (3) Perintah-perintah tetap Dewan Perhimpunan Dewan Undangan Perak Darul Ridzuan supaya Howard Lee digantung perkhidmatannya sehingga tamat sidang dewan.

Usul itu dipersetujui dan Howard Lee dibawa keluar dewan oleh bentara diiringi semua wakil pembangkang.

Bagaimanapun  tiga wakil rakyat PAS mengambil sikap berkecuali dan tetap berada di dalam Dewan.
Loading...
Back To Top