Pakatan Harapan disifatkan sebagai pakatan jahat kerana dibayangi dengan strategi kotor DAP sejak dahulu dengan bantuan PKR dan PAN.
Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata perkataan pakatan itu sendiri lebih cenderung untuk melakukan kejahatan termasuk menjatuhkan orang dengan politik fitnah.
“Kalau kita pakat, biasanya dengan niat jahat. Konotasinya adalah pakat untuk jatuhkan orang. Pakat untuk binasakan orang, pakat untuk rosak atau fitnah orang.
“Tetapi dalam politik, DAP dan kuncu-kuncunya perlu memberi, menjual atau menjaja harapan kepada rakyat.

Loading...
Maka pakatan jahat ini dinamakan Pakatan Harapan,” katanya berucap pada Majlis Perhimpunan Agung Tahunan MCA ke-64 di Wisma MCA, Ahad.
Tambah Tiong Lai, jika PH mempunyai niat yang baik pada rakyat,mereka sudah mengemukakan senarai menteri-menteri Kabinet Bayangan pembangkang.
“Adakah Kabinet Bayangan pakatan jahat ini akan diterajui oleh Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri atau Lim Kit Siang? Rakyat masih dalam kegelapan. Inilah Pakatan Harapan,” katanya.
Beliau turut berkata, semua kerjasama dan gabungan parti pembangkang yang gagal sebelum ini hanya sekadar perkahwinan rambang semata-mata, lebih-lebih lagi jika melibatkan DAP.
“Ini semua perkahwinan yang mudah. DAP daripada mendakwa pendekatan bukan perkauman sebelum ini, kini bekerjasama pula dengan Parti Amanah Negara (PAN) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang merupakan parti berasaskan perkauman.
“Ini menunjukkan bahawa DAP adalah pihak yang tidak mempunyai martabat, tidak ada prinsip dan tidak ikhlas,” katanya.