Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin menyifatkan sindiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap Menteri Besar Selangor, Azmin Ali apakah mahu menjual negeri kepada negara China berhubung lawatan Azmin ke negara China baru-baru ini, merupakan satu peringatan kepada pihak pembangkang agar berfikir terlebih dulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.
Menurut beliau, selama ini pembangkang asyik menuduh kerajaan mahu menjual negara kepada China apabila Malaysia membuat perjanjian pelaburan yang melibat beratus bilion ringgit dengan negara tersebut.
“Selama ini pihak pembangkang mendakwa kerajaan Barisan Nasional (BN) mahu menjual negara kepada negara China apabila pelabur-pelabur dari negara tersebut membuat pelaburan yang besar di dalam negara kita. Dakwaan itu sebenarnya langsung tidak berasas kerana usaha kerajaan untuk menarik pelabur dari negara tersebut mendatangkan kebaikan kepada ekonomi negara, secara tidak langsung ia turut memberikan manfaat kepada rakyat.
“Biarpun pembangkang mendakwa kita mahu menjual negara apabila menarik pelabur-pelabur dari China, dalam masa yang sama pemimpin pembangkang seperti Menteri Besar Selangor dan Ketua Menteri Pulau Pinang juga pergi ke negara China untuk menarik pelaburan daripada sana.
“Jadi sebab itu PM tanya kepada Menteri Besar Selangor ketika pembentangan bajet tempoh hari, apakah tindakan mereka pergi ke negara China itu juga untuk menjual negeri? Sebab itu, saya minta pemimpin pembangkang sebelum keluarkan kenyataan, fikir dulu. Janganlah bak kata pepatah meludah

Loading...
ke langit terkena muka sendiri,” ujarnya kepada UMNO-Online.
Beliau yakin, rakyat memahami tujuan Perdana Menteri ke negara China adalah untuk menarik pelaburan dari negara tersebut dan bukannya mahu menjual negara sepertimana yang didakwa oleh pihak pembangkang.
“Hasrat dan tujuan PM adalah untuk menarik pelaburan dan bukan hanya dari negara China, tetapi juga dari mana-mana negara di seluruh dunia yang berhasrat untuk melabur di negara kita. Jika mereka mahu melabur, maka negara memberikan peluang itu kepada mereka kerana ia mendatangkan banyak kebaikan kepada rakyat dan negara.
“Saya yakin itu jugalah hasrat Menteri Besar Selangor dan Ketua Menteri Pulau Pinang tetapi masalahnya mereka sebelum itu menuding jari kepada kerajaan BN kononnya PM mahu menjual negara ekoran kejayaan beliau menarik berbilion perlaburan dari negara tersebut.
“Jelas apa yang mereka tuduh itu langsung tidak berasas kerana mereka sendiri pun mencari pelabur-pelabur luar untuk melabur ke negeri masing-masing,” jelasnya.
Beliau juga mengingatkan bahawa kemajuan yang dikecapi di negeri Selangor dan Pulau Pinang itu juga adalah kerana kepesatan pembangunan ekonomi negara.
“Kalau ekonomi negara tidak kukuh sudah tentulah pelabur-pelabur tidak akan datang ke Pulau Pinang dan Selangor. Ini adalah satu fakta. Kita lihat contoh seperti negara Greece di mana negara tersebut mempunyai 17 negeri, tetapi pelabur-pelabur tidak yakin untuk melabur di negeri-negeri di dalam Greece kerana ekonomi negara tersebut secara umumnya tidak kukuh.
“Kita tidak mahu situasi di Greece ini berlaku di negara kita dan maka dengan sebab itu PM bertindak memperkukuhkan ekonomi nasional dengan harapan negeri-negeri di dalam Malaysia ini seperti Selangor, Pulau Pinang, Terengganu, Perak dan lain-lain turut membangun selaras dengan perkembangan ekonomi negara.
“Jadi, saya mintalah pada pihak pembangkang jangan buat tuduhan yang tidak berasas dan fikirlah dulu sebelum membuat sebarang kenyataan,” tegasnya lagi.-MediaUMNO