Sudah memasuki hari kelima kejadian banjir besar berlaku di Pulau Pinang sehingga menjejaskan ribuan warga Pulau Pinang. Malah, sekurang-kurangnya 8 laporan tanah runtuh dilaporkan dengan puluhan laporan mengenai kejadian pokok tumbang turut dilaporkan. Sehinggakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sendiri dilihat mengaku kalah akibat “amukan” alam sekitar pada kali ini.
Menariknya, walaupun berbeza fahaman politik dan kerap dihentam, dikutuk dan difitnah oleh Lim Guan Eng dan pemimpin DAP pusat mahupun negeri Pulau Pinang, Datuk Seri Mohd Najib dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien tetap datang untuk melihat dan menghulurkan bantuan kepada penduduk yang terjejas.
Malah, peruntukan sehingga RM 1 bilion juga turut disalurkan kepada kerajaan negeri Pulau Pinang bagi membina 13 beting penahan banjir di seluruh kawasan berisiko untuk di landa banjir. Inilah komitmen berterusan yang dipamerkan oleh kerajaan walaupun masih ada pihak yang cukup hitam hatinya mendakwa, bantuan berkenaan tidak lebih dari sekadar gula-gula untuk memancing undi pada Pilihan Raya Umum ke 14 kelak.
Disaat kesemua pemimpin utama kerajaan turun melihat dan membantu kerajaan dan rakyat negeri Pulau Pinang, Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datin Seri Wan Azizah

Loading...
Wan Ismail turut turun melihat penderitaan rakyat di Parlimen Permatang Pauh. Cuma yang membezakan adalah, kehadiran Wan Azizah hanyalah untuk melambai tangan kepada penduduk, bergambar sebelum bergegas ke Kuala Lumpur untuk menghadiri sambutan 1,000 hari Datuk Seri Anwar di penjarakan.
Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir pula turun semalam setelah banjir di kebanyakan tempat sudah beransur pulih. Sama seperti Wan Azizah, kehadirannya adalah untuk melambai, bersalam, bergambar dan melihat kawasan banjir tanpa sedikitpun menghulurkan bantuan kepada penduduk yang terjejas akibat banjir.
Seorang lagi pemimpin utama Pakatan Harapan, Lim Kit Siang jauh lebih hebat. Sepanjang lima hari banjir ini, kelibatnya langsung tidak kelihatan walaupun dia hadir semasa sambutan 1,000 hari Anwar dipenjarakan. Agak menghairankan, kemana menghilangnya bapa kepada Lim Guan Eng ini? Adakah Lim Guan Eng melarangnya datang ke Pulau Pinang atau dia sememangnya enggan ke Pulau Pinang?
Memang cukup menghairankan sekiranya diambil kepada latar belakangnya yang pernah menjadi ADUN dan Ahli Parlimen di Pulau Pinang. Dia seolah-olah membiarkan sahaja nasib Pulau Pinang ditangan anaknya sehinggakan anaknya terpaksa merayu bantuan dari kerajaan pusat, kerajaan yang begitu kerap dihina dan di fitnah oleh Kit Siang dan Guan Eng.
Mungkin juga, bagi Lim Kit Siang, sudah cukup baginya menghantar “hambanya”, Mahathir untuk meninjau sendiri keadaan di Pulau Pinang. Baginya, kehadiran Mahathir sudah mencukupi dan dia mungkin yakin dengan kemampuan anaknya menguruskan bencana ini di Pulau Pinang. Namun persoalannya, tidakkah terdetik dihati Kit Siang untuk memberi sokongan moral kepada anaknya dan rakyat yang memberi mandat kepada anaknya memerintah Pulau Pinang?